KUALA LUMPUR, 6 Disember 2013 - Pekerja di negara-negara Asia, termasuk di Malaysia, meminta perlindungan penyakit kritikal sebagai elemen paling dikehendaki dalam skim Faedah Pekerja (EB) selepas perlindungan kemasukan hospital berikutan kebimbangan tentang kenaikan kos perubatan dan kedudukan kewangan.
Kajian AIA menunjukkan kurang 10% majikan menawarkan penyakit kritikal sebagai sebahagian daripada skim faedah pekerja yang menimbulkan persoalan adakah program faedah syarikat selaras dengan keperluan sebenar pekerja.
Kajian itu menemu bual 821 pekerja di Malaysia, Hong Kong, Singapura dan Thailand serta 413 syarikat multinasional dan tempatan.
"Kebimbangan utama yang disebut oleh empat daripada lima pekerja adalah peningkatan kos perubatan, diikuti kedudukan kewangan keluarga mereka jika mereka tidak boleh bekerja berikutan penyakit serius, menggariskan kekurangan perlindungan dalam bidang penyakit kritikal," kata AIA dalam satu kenyataan hari ini.
Kajian itu berkata sungguhpun majoriti majikan menerima program EB sebagai insentif untuk menarik dan mengekalkan bakat, ramai yang melihat kos sebagai kekangan ketara untuk menambahkan perlindungan penyakit kritikal dalam skim syarikat.
Secara puratanya, kajian itu menunjukkan perlindungan penyakit kritikal akan menambah 38% kepada premium mereka.
Realitinya, ia mungkin menambah kurang daripada 10 peratus kepada premium keseluruhan mereka atau kurang satu peratus daripada pengeluaran gaji tahunan mereka, kata kajian itu.
Pada kos ini, 73% daripada majikan berminat untuk menambah penyakit kritikal dalam skim syarikat, kata kajian itu.
Mereka juga mungkin boleh menimbangkan untuk menstrukturkan semula skim EB untuk memberikan gabungan faedah yang berlainan untuk memasukkan penyakit kritikal, kata kajian itu. - Bernama
Jumaat, Disember 06, 2013
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Pekerja minta perlindungan penyakit kritikal dalam skim Faedah Pekerja silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "