KUCHING, 6 Dis. 2013 - Hakikat bahawa jenayah kini menjadi kebimbangan utama rakyat Malaysia mencerminkan sikap orang ramai yang semakin sedar tentang kepentingan memerangi jenayah dan mengamalkan pendekatan sifar tolak ansur terhadap jenayah, kata naib pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye.
Beliau berkata perkembangan ini juga menunjukkan bahawa rakyat Malaysia ingin melihat lebih banyak usaha dilakukan bagi menangani jenayah dan mereka tidak lagi memandang ringan tentang perkara itu.
"MCPF menyambut baik perkembangan ini dan ingin melihat kebimbangan yang semakin meningkat ini diterjemahkan kepada peningkatan penyertaan orang ramai dalam program pencegahan jenayah serta kegiatan yang dianjurkan yayasan itu.
"Sepatutnya, lebih banyak rakyat Malaysia daripada semua kaum melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan pencegahan jenayah di kawasan masing-masing," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Lee, yang juga pemegang amanah Yayasan 1Malaysia, berharap lebih banyak rakyat Malaysia melibatkan diri dengan program dan kegiatan pencegahan jenayah anjuran persatuan penduduk, persatuan perniagaan dan pertubuhan bukan kerajaan lain bagi meningkatkan kesedaran mereka tentang langkah yang boleh dan perlu diambil untuk mencegah jenayah.
"Objektif akhirnya ialah untuk menyemai atau menyuntik budaya pencegahan jenayah dalam kalangan masyarakat agar tiada sesiapa pun memandang ringan tentang jenayah. Juga diperlukan ialah mewujudkan sikap sifar tolak ansur terhadap jenayah," katanya.
Lee berkata walaupun polis memikul tugas utama untuk mencegah jenayah, namun penyertaan aktif masyarakat memberi sumbangan yang amat penting untuk membolehkan jenayah dihapuskan dengan berkesan.
"Pencegahan jenayah secara berkesan memberi manfaat secara jangka panjang dari segi mengurangkan kos berkaitan sistem pengadilan dan kos lain yang timbul daripada jenayah," katanya.
Beliau berkata dalam usahanya untuk mengurangkan jenayah, anggota polis perlu dibekalkan dengan sumber yang mereka perlukan untuk berbuat demikian.
Sejajar dengan itu, katanya, langkah kerajaan menyediakan peruntukan RM8.8 bilion kepada Polis Diraja Malaysia melalui Bajet 2014, pastinya meningkatkan semangat anggota polis untuk memerangi jenayah. - Bernama
Jumaat, Disember 06, 2013
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang MASYARAKAT SEMAKIN SEDAR KEPENTINGAN MEMERANGI JENAYAH - MCPF silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "