Minum segelas jus tomato sehari mungkin membantu wanita mengelak mendapat barah payu dara dan prostat.
Wanita yang mengamalkan minum atau makan tomato dapat meningkatkan hormon dan dipercayai melindungi mereka daripada penyakit itu.
Penyelidik Amerika Syarikat berkata, kelebihan makan banyak tomato dan produk berasaskan tomato walaupun untuk jangka pendek ia mampu memberi manfaat untuk kesihatan.
Sebagai contoh, segelas jus tomato mengandungi kadar lycopene terutama berwarna merah terang dipercayai membantu mencegah barah prostat.
Mereka yang tidak gemar jus tomato boleh mempelbagaikan cara penyediaan hidangan seperti dijadikan sup, menambah sesudu sos tomato dalam pasta setiap hari.
Tingkat paras hormon
Penyelidik Universiti Rutgers di New Jersey, mengukur paras hormon 70 wanita berusia 55 tahun ke atas sebelum dan selepas menambah pengambilan tomato selama 10 minggu.
Mengikut laporan Journal of Clinical Endocrinology & Metabolisme, kadar lycopene dalam segelas jus tomato sehari meningkatkan paras hormon adiponectin kepada sembilan peratus,
Kawal paras lemak
Adiponectin mengawal paras lemak dan obesiti diketahui meningkatkan kemungkinan mendapat barah payu dara.
Kebanyakan wanita kurus mempunyai kadar tinggi hormon terbabit.
Penyelidik Adana Llanos berkata: "Penemuan itu menunjukkan kepentingan pencegahan obesiti. Mengamalkan diet kaya dengan tomato mempunyai kesan besar ke atas paras hormon dalam kalangan wanita yang mengekalkan berat badan ideal." – Agensi
Isnin, Disember 30, 2013
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Jus tomato elak barah payu dara silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "