2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Gaya hidup holistik hindari strok

BEBERAPA tahun lalu, seorang sahabat berusia 50an mengalami lumpuh sebelah badan akibat strok. Doktor mengesahkan strok dialami adalah jenis bekalan darah terhalang ke otak kerana arteri tersumbat.
 
Beberapa tahun sebelum menghidap strok prognosis atau telahan penulis berkaitan masa hadapan, masalah kesihatan dialami sahabat adalah negatif. Beliau sering mengalami tekanan darah tinggi. Jika tak mengubah gaya hidup, beliau mungkin mengalami satu atau dua keadaan iaitu serangan jantung atau strok.
 
Setahun lalu, seorang sahabat lain dimasukkan ke hospital setelah doktor mendapati terdapat pendarahan di otak kirinya. Doktor mendapati sahabat itu mengalami strok kecil. Strok kecil ini biasanya menyebabkan lumpuh sebelah atau seluruh tubuh.
 
Sebulan sebelum disahkan menghidap strok kecil, sahabat pertama sering mengalami lenguh dan kebas tangan kanan. Seminggu sebelum dimasukkan ke hospital beliau sering mengalami sakit kepala di bahagian kiri kepala.
 
Sebenarnya beliau telah mengalami tekanan darah tinggi selama bertahun-tahun. Setiap kali berjumpa doktor beliau pulang dengan ubat-ubatan yang dibekalkan doktor. Namun kerana bimbang ubat-ubatan tersebut akan menjejaskan kesihatan beliau langsung tidak pernah memakannya. Beliau hanya makan apabila lapar dan secara ala kadar.
 
Beliau kurang mengambil makanan dan minuman manis, serta sering makan ulam-ulaman. Beliau memiliki mesin pengimbas tekanan darah tinggi di rumah untuk pantau tahap tekanan darah.
 
Daging Kambing
Pada masa tertentu sahabat itu makan daging kambing, yang amat digemarinya. Namun setiap kali selepas makan kambing atau makanan tertentu beliau mendapati tekanan darah beliau melonjak naik.
 
Tangan kanan lenguh dan kebas, dipercayai oleh doktor yang menjalankan pemeriksaan, berpunca daripada strok yang berlaku pada otak kiri beliau. Doktor memberitahunya sakit kepala yang dialami berpunca daripada salur darah yang pecah atau bocor akibat tekanan darah terlalu tinggi dalam bahagian otak yang terjejas.
 
Kambing dan biri-biri sering dikaitkan dengan peningkatan tekanan darah sebaik-baik sahaja seseorang mengambilnya. Tekanan darah akan turun setelah beberapa jam. Namun sesetengah orang dikatakan mengalami tekanan darah tinggi secara berterusan selama berminggu-minggu. Inilah yang dialami sahabat penulis yang gemar makan daging kambing makan sekali-sekala.
 
Kedua-dua sahabat penulis ini mengalami dua jenis strok yang berbeza. Sahabat pertama mengalami strok jenis darah terhalang berpunca daripada arteri tersumbat. Strok jenis pertama dikatakan dialami oleh 80 peratus penghidap strok daripada semua kes strok.
 
Sahabat kedua pula mengalami strok jenis pendarahan yang dialami 20 peratus penghidap strok. Jenis kedua dikatakan lebih mudah menyebabkan kematian berbanding dengan yang kedua.
 
Strok jenis pertama berlaku apabila arteri tersumbat, lalu menyebabkan edaran darah terhalang. Arteri yang terlibat adalah sama ada di leher atau di dalam otak.
 
Peredaran darah terhalang berpunca daripada tiga keadaan. Pertama, trombosis iaitu berpunca daripada pembentukan darah beku dalam saluran darah dalam otak atau di leher. Kedua, embolism iaitu berpunca daripada pergerakan darah beku daripada bahagian tubuh lain. Contohnya daripada jantung kepada leher atau otak. Jenis yang ketiga ialah stenosis iaitu arteri terlalu sempit.
 
Strok yang kedua berlaku apabila berlaku pendarahan berpunca daripada salur darah bocor. Arteri manusia boleh membesar berpunca daripada dinding arteri yang lemah. Keadaan ini dikenali sebagai aneurysm. Lama-kelamaan pembesaran yang disertai dengan keradangan menyebabkan dinding arteri semakin lemah dan jika sistem imun (dibantu oleh beberapa faktor) tidak berupaya untuk membaik pulih maka ia berakhir dengan kebocoran.
 
Pada pandangan penulis sahabat pertama memang telah berusaha mengawal tekanan darah dengan mengambil ubat-ubatan moden yang dipreskripsi doktor. Namun amalan gaya hidupnya dengan merokok tidak berhenti-henti, karakter sentiasa tidak sabar dan makan makanan tinggi karbohidrat termasuk makanan/minuman tinggi gula adalah faktor kepada strok yang berlaku.
 
Strok jenis darah terhalang ke otak yang dialami sahabat pertama dipercayai boleh dicetuskan faktor tersebut, walaupun beliau mengambil ubat-ubatan doktor secara tetap. Elakkan beranggapan apabila kita mengamalkan pengambilan ubat-ubatan moden secara tetap kita tidak perlu mengubah gaya hidup.
 
Sahabat kedua yang mengalami strok jenis pendarahan juga terlalu menganggap kambing atau biri-biri tidak akan menjejaskan kesihatan beliau. Pada hal beliau memang kerap mengalami peningkatan darah sebaik sahaja makan kambing. Tekanan darah yang dialami pula berlanjutan selama beberapa hari malah kadang-kadang selama berminggu-minggu.
 
Amalan sihat
Apakah herba dan suplemen yang dapat membantu mencegah strok yang berpunca dari faktor stres dan tekanan darah tinggi?
Ada.
  • Magnesium sulfat (Epsom salt, beli di farmasi tertentu) membantu mengawal tekanan darah. 
  • Asid alfa lipoik dan pelbagai jenis bioflavonoids (jus dari ekstrak perahan buah-buahan asli seperti delima, acai atau pelbagai jenis beri) memulihara kesihatan arteri dari stres oksidatif (kerosakan berpunca serangan radikal bebas).
  • Buah-buahan tinggi vitamin C dan rendah gula atau suplemen vitamin C dos tinggi diambil sehingga 3,000 miligram sehari juga membantu dari segi mengawal keradangan, mengawal tekanan darah dan memulihara kesihatan areri.
  • Cuka epal yang diambil dengan menggabungkan minyak zaitun perahan sejuk (extra virgin) dan secawan air juga membantu mengawal tekanan darah tinggi, meredakan keradangan dan memulihara kesihatan arteri.
  • Co-enzyme Q10, vitamin B kompleks dan vitamin E juga penting untuk kesihatan sel-sel arteri. Multivitamin jenama terkemuka lengkap dengan pelbagai nutrien termasuk vitamin ini.
  • Ambil herba adaptogen seperti Ginseng Siberia, putrawali (sebutan lain: patawali, brotowali) Ruku-ruku (juga baik untuk penghadaman), Wu Wei Ze (Schisandra) atau Horny Goat Weed. Ia dipercayai membantu seseorang menghadapi stres dengan menormalkan perembesan hormon stres seperti kortisol dan adrenalina. Jika diambil secara tetap ia dikatakan dapat membantu mengawal tekanan darah tinggi.
 
Pada masa sama perubahan gaya hidup termasuk mengelakkan perkara yang meningkatkan risiko strok adalah penting. Kurangkan gula, berhenti merokok serta kurang/elakkan makan makanan bergoreng secara terendam lama. Masak menggunakan minyak tepu sihat seperti minyak sawit.
Jika sering stres mengadu kepada ALLAH dengan berdoa kepada-Nya. Jangan lupa bersenam sekurang-kurang berjoging selama 30 minit setiap kali, tiga kali seminggu.
 
Untuk keterangan lanjut mengenai khasiat dan penggunaan bahan tersebut sila baca buku penulis berjudul Serangan Jantung (terbitan Alaf 21).
 
 

*Oleh Dr Bahrain Samah, Sinar Harian, 2 Disember 2013
Adam Merah , Rabu, Disember 04, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog