"Assalamualaikum awak…"
Aku berpaling ke arah lelaki yang menegurku sebentar tadi sebelum mendengus.
"Waalaikumussalam."
"Kenapa duduk sorang-sorang kat sini?" Tanya lelaki itu lagi membuatkan aku mula tak selesa.
Sesekali mataku meliar-liar ke kiri dan ke kanan. Bimbang ada mata-mata yang memandang.
"Kenapa dengan kau ni?" Soalku kasar tanpa menjawab soalannya tadi.
Aku tergamam apabila melihat dia tersenyum walaupun baru lepas diherdik oleh aku. Selalunya bila kena marah dengan aku, terus orang pergi tempat lain. Ni dia boleh pulak tersenyum?
"Nama saya Farhan. Awak?"
Boleh pulak dia tanya nama aku?! Biar betul budak ni?!
Aku berdehem sedikit sebelum bangkit dari dudukku. Baik aku pergi dari sini sebelum ada mulut-mulut yang membuat cerita pasal aku dengan Farhan ni.
"Awak, nak pergi mana tu?" Dia sudah berlari anak mengejar langkahku yang laju. Semakin dia dekat, semakin cepat aku berjalan. Bila dah tak tahan, terus aku berhenti lalu memandang mukanya dengan muka yang bengang.
"Kau ni kenapa? Tetiba nak ikut aku! Pergilah tempat lain." Marahku. Sedaya upaya aku menahan diri aku dari bertempik dekat sini sebab aku bimbang jugak kalau aku menjatuhkan air muka dia nanti. Walaupun aku serabut dengan dia, tapi aku takdelah sekejam tu.
"Saya nak kawan dengan awak." Ucapnya perlahan sambil menyebak rambutnya ke belakang.
Aku pandang muka tampan dia dengan riak tak percaya. Lelaki yang tampan macam dia ni nak berkawan dengan aku? Mungkin dia tak sepopular Syazwan sebab dia baru masuk, tapi aku selalu dengar nama dia ni di mulut-mulut pelajar perempuan kat sini tapi seperti biasa, perempuan yang suka memencilkan diri macam aku ni, malas nak ambik tahu pasal dia ni.
"Ada orang cabar kau eh? Aku tahu mesti ada ni!"
Farhan terus ketawa mendengar kata-kata aku. Aku mencebik geram. Orang tanya betul-betul. Dia main-main pulak! Ada yang kena debik karang.
"Kau tu budak baru kat sini. Kadang-kadang tu ada je orang nak suruh kau buat jahat. Dahlah, aku nak balik kelas."
Baru aje aku nak melangkah, tiba-tiba dia berdiri di depan aku dan menghalang aku untuk berjalan. Bila aku ke kiri, dia pun ke kiri. Bila aku ke kanan, dia sibuk jugak nak ke kanan.
"Ya Allah, tertekannya aku!" Aku menjerit sikit bagi meluahkan rasa geram aku padanya. Dia pulak boleh tersenyum sebelum menghulurkan sesuatu kepada aku.
"Ni nombor phone saya. Kalau ada problem, call ataupun mesej la ye." Selepas cakap macam tu dekat aku, dia terus berlari meninggalkan aku yang terpinga-pinga dengan kertas yang tertulis nombor telefonnya di tanganku. Gila ke apa aku nak mesej dia? Hah, takdenya!
Esoknya, sekali lagi aku diganggu oleh Farhan yang menunggu di depan pintu kelas ketika waktu balik. Aku hanya menjeling sebelum melangkah pantas meninggalnya di belakang.
Walaupun aku mendengar dia menjerit memanggilku, tapi aku buat derk aje. Malas nak melayan. Nanti makin dilayan, makin dia mengacau. Serabut!
"Alia! Awak ni kan…"
Aku berpaling ke sebelah kanan. Bila masa dia dapat kejar aku ni? Rasanya dah habis laju, aku melangkah. "Kau nak apa?"
"Kenapa tak call dengan mesej saya semalam?"
"Buat apa?"
"Tanyalah pasal pelajaran ke walaupun saya tahu awak memang budak pandai."
Aku hanya mendiamkan diri. Takde mood nak berbual dengan dia. Aku memang macam ni. Ramai yang cakap aku sombong tapi diorang bukannya tahu apa-apa. Bagi diorang, Nur Alia ni budak yang sombong. Yang tak reti nak bergaul dengan orang. Yang tak reti nak senyum.
"Alia… saya ikhlas nak jadi kawan awak."
Entah kenapa kali ni aku terus berpaling ke arahnya. Melihat senyumannya yang kelihatan ikhlas, membuatkan aku kaget. Biar betul dia ni?
"Kau pelik." Luahku tiba-tiba dan menyebabkan mukanya dia terus berubah.
"Pelik?"
"Takde orang nak kawan dengan aku sebelum ni. Tiba-tiba kau datang dari mana entah dan cakap kau nak kawan dengan aku."
Dahi dia berkerut. "Apa yang peliknya? Oh ye, saya dari Kuantan bukannya dari mana entah." Sempat lagi dia sindir aku tapi di bibirnya, masih lagi terukir senyuman manis untukku.
"Jangan guna „saya awak‟, boleh tak? Kalau nak jadi kawan aku, jadi kawan yang betul. Aku rasa janggal bila aku guna „aku kau‟, kau pulak guna „saya awak‟." Balasku, akhirnya menerima salam persahabatan dia. Aku terima dia sebab satu aje. Dia ikhlas dan aku boleh nampak dari mata dia.
"So, kau terima aku jadi kawan kau?" Tanyanya meminta kepastian. Aku mengangguk seraya tersenyum. Senyuman yang jarang sekali terukir di bibirku.
"Kita kawan." Ucapnya turut tersenyum.
Persahabatan aku dan Farhan berjalan dengan baik walaupun ada yang cemburu melihat aku berkawan dengan dia. Kalau nak diikutkan, Farhan tak sombong. Dia memang peramah dengan orang lain, berbeza dengan aku yang memang tak berapa nak peramah ni tapi ada jugak yang nak cemburu. Yang cemburunya tu selalunya perempuanlah. Macam yang aku pernah cakap dulu, Farhan memang agak popular di sekolah. Sekarang ni pun, populariti dia makin menaik lepas dia masuk bola sepak. Dahlah semua pemain bola sepak sekolah hensem-hensem. Aku yang hati batu ni pun kadang-kadang tu gugup jugak bila kawan-kawan bola sepak Farhan datang tegur aku.
"Hari ni aku ada perlawanan persahabatan dengan sekolah depan tu. Kau datang tau." Ujarnya ketika aku terserempak dengan dia masa nak pergi ke tandas.
"Err… tengoklah dulu. Aku tak boleh nak janji. Hari ni abang sepupu aku tu nak datang. Aku kena tolong mak aku masak."
"Ohh…" Mukanya berubah menjadi mendung. Bukannya aku tak nak tengok dia berlawan tapi aku kena tolong mak aku. Kesian pulak mak aku masak sorang-sorang nanti. Lagipun, selama ni aku pergi apa tengok dia berlawan. Kali ni je tak.
"Takpelah kalau macam tu. Tapi lain kali, kau datang tau."
Aku mengangguk sambil tersenyum. "Lawan elok-elok. Aku doakan kau menang."
Farhan mengangguk sebelum berlalu pergi ke arah kelasnya. Aku pulak hanya memerhati langkahnya yang semakin menjauh sebelum mengatur langkah ke tandas.
"Ni kawan abang. Nama dia Rayyan." Aku tunduk kepala sedikit sebagai tanda hormat pada kawan Abang Saiful. Wajah Rayyan, aku pandang. Orangnya tinggi hampir sama dengan Abang Saiful tapi langsung takde senyuman di bibirnya. Dia hanya memandangku dengan muka tanpa riak. Sama macam muka aku sekarang. Mak dah ke dapur lepas menyambut Abang Saiful dan Rayyan.
"Ohh…" Hanya itu yang terluah dari mulutku. Aku menyuruh Abang Saiful dan kawannya itu duduk dulu di ruang tamu sementara mak dan aku menyediakan makanan. Baru aje aku nak melangkah ke dapur, tiba-tiba Abang Saiful memanggilku.
"Apa abang?"
"Abang Rayyan ni nak pergi bilik air."
Aku memandang Rayyan yang sudah berdiri. Aku mengangguk sebelum menyuruh Abang Rayyan mengikut aku ke dapur. "Tu bilik air…"
"Terima kasih…" Ucapnya tanpa nada dan terus melangkah ke bilik air. Aku hanya menjongket bahu apabila melihat perangai dia. Macam tengok cermin pun ada. Dia dingin, aku dingin. Dia sombong, aku sombong! Macam mana Abang Saiful boleh berkawan dengan dia? Abang Saiful kan peramah, banyak mulut… Dia pulak pendiam, dingin.. Haa! Apa nak dikisahkan? Aku dengan Farhan pun macam tu jugak.
"Kamu merepek apa sorang diri tu, Alia?" Tegur mak sambil tersenyum. Aku hanya tersenyum sumbing sebelum menghampiri emak yang sedang menggoreng ikan.
"Kamu suka kawan abang kamu tu ye?" Kali ni mak berbisik di telingaku.
"Hah?" Aku terkejut. "Mana ada, mak." Aku cepat-cepat menidakkan.
"Dah kamu asyik tengok-tengok dia."
"Dia tu macam Alia. Dingin." Balasku sambil membasuh kailan. Kalau masak belacan ni, memang sedap!
"Lagilah sesuai. Dua-dua dingin." Usik mak lagi.
"Mak… tak naklah." Aku berpura-pura merajuk. Mak pulak hanya ketawa kecil sebelum mencubit pipiku.
"Sekejap je kamu dah besar. Lepas STPM, dah belajar kat luar. Tinggallah mak dengan ayah dekat rumah."
Aku memeluk bahu mak sebelum mencium pipi mak yang dah berkedut sedikit. "Janganlah sedih, mak."
"Mak tak sedih. Alia pun tahu kan, mak nak anak mak berjaya. Abang kamu dah kerja dengan kahwin. Kakak kamu pun dah kerja. Sekarang ni, giliran kamu pulak. Mak bahagia…"
"InsyaAllah, Alia akan banggakan mak."
Aku terus mendiamkan diri apabila mendengar pintu bilik air dibuka. Abang Rayyan mengukir senyuman untuk mak sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi makan. Aku memandang dia dengan pelik. Dia tak nak pergi depan ke?
"Eh, Rayyan… Duduklah depan. Nanti dah siap, mak cik panggil kamu."
Rayyan hanya tersenyum sebelum menggeleng. "Takpelah mak cik. Menyusahkan mak cik pulak nak masak."
"Eh, takdelah. Mak cik memang suka kalau Saiful balik."
Aku menjeling Rayyan sekali lagi. Kali ni, dia sudah bergerak ke sebelah aku yang tengah nak menumis.
"Abang nak masak, boleh?" Tanyanya padaku yang dah tercengang. Aku hala pandangan ke arah kuali sebelum kembali memandang ke arah dia.
"Ni?"
"A‟ah. Boleh?"
"Nak masak apa?"
"Kailan goreng belacan."
Aku tercengang. Apa kena pulak dia yang nak memasak ni? Aku pandang mak yang dah tersenyum. "Mak…"
"Teringin jugak nak merasa masakan Rayyan." Jawab mak dan sekaligus membenarkan Rayyan untuk memasak. Aku menghulurkan sudip kepadanya sebelum melangkah ke tepi. Melihat dia bekerja di dapur.
Bibir yang pada mulanya tersenyum sinis terus melopong. Aku memandang Rayyan yang sedang memasak dengan penuh kagum. Walaupun dia masak kailan goreng belacan je tapi… efisien gila! Dahlah bau bukan main sedap. Lepas tu, dia mintak izin dekat mak untuk buat pencuci mulut pulak.
"Alia nak makan apa?" Tanya dia padaku yang sedang memandangnya dengan muka tak percaya.
"Hah?"
"Nak makan pencuci mulut apa?"
Aku dah tak tahu berapa kali mulut aku terlopong. Muka dia memang muka yang takde perasaan langsung. Masa dia nak tanya aku nak makan pencuci mulut apa pun, muka dia memang muka tenang je.
"Pudding triffle."
Dia hanya mengangguk sebelum menanyakan pada mak, sama ada semua bahan yang diperlukan ada ataupun tak. Bila mak cakap kek takde, dia suruh Abang Saiful pergi beli. Dia memang betul-betul nak buat pudding tu ke?
"Err…. awa… Abang Rayyan ni memang pandai memasak ke?"
"Takdelah. Gitu-gitu je." Balasnya tenang.
Bila Abang Saiful dah balik, aku hanya duduk memerhati Rayyan menyediakan pudding triffle yang aku mintak. Dia langsung tak nampak kekok bekerja dalam dapur. Nampak macam dah expert.
Aku memandang Abang Saiful yang tengah makan keropok keping yang mak goreng. "Abang Rayyan tu kerja apa?"
"Dia chef. Siap ada restoran sendiri lagi."
"Ye?! Umur dia sama dengan abang kan? 24?"
Abang Saiful mengangguk.
"Ohh…"
Aku kembali memandang Rayyan sebelum menghela nafas. Entah kenapa, tak sabar nak makan pudding triffle dia tu. Nampak gaya macam sedap je.
"Semalam aku menang."
Aku memandang Farhan. "Tahniah." Senyuman terukir di bibir untuknya.
Pudding triffle yang aku bawak ke sekolah, disuap ke dalam mulut. Memang sedap pudding triffle yang Abang Rayyan buat ni. Semalam, bila nampak aku makan pudding dia macam orang gila, terus dia buat lagi. Siap bagi resepi lagi dekat aku. Walaupun rasa macam malu sebab buat perangai macam tu, tapi aku tetap jugak seronok sebab dapat makan pudding kegemaran aku ni.
"Semalam abang sepupu kau datang dengan siapa? Aku ada nampak sorang lagi lelaki masa nak balik rumah."
"Abang Rayyan. Dia yang buat pudding ni. Sedap gila!" Aku membalas perlahan.
"Ohh…"
Bersambung 1 post lagi.............
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "