GAMBAR tidak bertarikh yang disiarkan Amazon.com kelmarin menunjukkan sebuah dron membawa sebuah bekas yang dicipta untuk menghantar barang bergerak di udara.
WASHINGTON, 2 Dis. - Ketua Pegawai Eksekutif Amazon, Jeff Bezos kelmarin mendedahkan bahawa syarikatnya merancang untuk menggunakan dron mini bagi menghantar barang kepada pelanggan dalam tempoh hanya 30 minit.
Amazon merupakan syarikat peruncitan gergasi di Amerika Syarikat (AS) yang menjual pelbagai jenis barang menerusi internet.
Namun, dron ciptaan syarikat itu masih perlu menjalani ujian keselamatan dan memperoleh kelulusan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS.
Satu rakaman video yang disiarkan di laman web syarikat tersebut menunjukkan dron itu menghantar barang kepada pelanggan dalam tempoh 30 minit selepas pembelian dibuat menerusi
Amazon.com.
"Kami boleh menghantar barang dalam tempoh 30 minit. Ia (dron) boleh membawa barang sehingga 2.3 kilogram."
Barang itu diletakkan di dalam sebuah kotak kecil yang kemudian akan digugurkan di rumah pelanggan.
Dron kecil itu dijana dengan kuasa elektrik dan mampu menghantar barang dalam jarak lingkungan 16 kilometer dari pusat penghantaran," kata Bezos dalam program 60 Minutes terbitan stesen televisyen CBS.
Dron itu dilengkapi dengan sistem penentu kedudukan global.
Menurut Bezos, penggunaan dron itu adalah lebih baik berbanding trak kerana ia boleh mengurangkan pencemaran alam sekitar. - AFP
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "