Terdapat banyaknya cara untuk mengajar anak-anak mengenai ibadah.
DARIPADA Abu Hurairah ra; Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya,
"sesungguhnya yang mula-mula dihisab pada seorang hamba pada hari kiamat daripada amalannya ialah solat. Jika solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi." (Riwayat Tirmizi, Nasaei & Ibnu Majah)
Hadis di atas menjelaskan ibadat solat adalah yang paling penting untuk dilaksanakan setiap Muslim. Maka, menjadi peranan ibu bapa untuk memperjelaskan perkara ini kepada anak-anak kecil mereka.
Penyelaras Unit Perhubungan Korporat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Siti Fatahiyah Mahamood, berkata dengan teknologi canggih hari ini, memudahkan lagi ibu bapa memberi pendedahan dan mengajar anak-anak mengenai solat.
"Kewujudan cakera padat dan multimedia yang semakin banyak di pasaran hari ini, sama ada secara percuma atau berbayar memudahkan ibu bapa memberikan pendedahan dan pembelajaran secara lebih interaktif dan mudah difahami.
Kewujudan al-Quran digital dan maya juga dapat membantu anak-anak memahami dan mengetahui bacaan-bacaan dan doa dalam solat dengan lebih cepat," katanya.
Menurutnya, tidak dinafikan ibu bapa sekarang mengambil berat berkaitan pendidikan solat kepada anak-anak, namun ia perlu diseimbangkan dengan pendidikan akademik.
Kecemerlangan akademik yang diperoleh melalui proses diredai ALLAH akan memberikan kehidupan yang baik, penuh rahmat dan berkat.
Mendisiplinkan anak bersolat
Rasulullah SAW bersabda:
"Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur 10 tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Riwayat Abu Daud)
Kita dapat lihat bagaimana Rasulullah SAW amat menekankan ibadat solat dan menyuruh ibu bapa mengajar anak bersolat seawal umur tujuh tahun.
Sebelum umur tujuh tahun, anak-anak perlu didedahkan dengan kepentingan solat melalui aktiviti atau permainan yang dapat menjinakkan mereka melakukan ibadat solat seperti memperdengarkan nasyid-nasyid berkaitan solat, menayangkan CD multimedia berkaitan solat, memperlihatkan animasi islamik berkaitan solat dan yang penting membiasakan anak-anak melihat ibu bapa sendiri mengerjakan solat secara berjemaah bersama ahli keluarga yang lain.
Siti Fatahiyah berkata, di samping memberi pendedahan kepada anak-anak berkaitan solat, perlu juga diajar tujuan kita bersolat dan mengajar anak-anak berkaitan sifat-sifat ALLAH yang sentiasa melihat hambaNya.
"Apabila anak mula mencapai umur tujuh tahun, maka ibu bapa dikehendaki mula mengajar secara terperinci kaedah solat dan pergerakan yang betul ketika solat termasuk bacaan-bacaan yang penting dalam solat.
"Berikan masa untuk mereka berlatih mengerjakan solat dengan betul. Tetapi apabila anak-anak berumur 10, maka mereka perlu dirotan jika gagal melaksanakannya," katanya.
Beliau menjelaskan, pengajaran ini perlu dilakukan secara disiplin kerana jika gagal mengajar mereka ketika di umur sebegitu, maka kita akan menghadapi kesukaran untuk memastikan mereka mengerjakan amalan solat ketika berumur belasan tahun ataupun puluhan tahun.
Ibu bapa disarankan mengajar anak mengenali solat semenjak kecil lagi.
Nabi suruh rotan anak
Sebenarnya apa yang telah diajar oleh Rasulullah SAW iaitu merotan anak jika gagal mengerjakan solat ketika berumur 10 tahun itu adalah sangat tepat.
Kerana jika ibu bapa terlepas mendidik anak-anak ketika usia sebegitu maka ibu bapa akan menghadapi pelbagai kesukaran dan masalah bagi mengajar anak solat pada usia remaja atau belia atau usia emas.
Pada usia sebegini apabila diajar maka ibu bapa pula dimarahi atau ditengking. Namun sebagai ibu bapa tugas mendidik harus dilaksanakan. Jika dirujuk kepada tahap pendidikan Rasulullah SAW, ketika peringkat ini perlu digunakan pendekatan yang begitu rasional.
Kebijaksanaan ibu bapa amat diperlukan dalam menyampaikan pengajaran ini agar menampakkan kesan yang serius dan begitu mendalam pada penaakulan pemikiran anak-anak di peringkat ketiga atau keempat ini melalui analogi dan contoh-contoh yang diberikan.
Contohnya apabila anak-anak yang telah bekerja tiba-tiba berasa marah dan dendam kepada syarikat yang lewat membayar gaji. Sudah pasti mereka berasa dizalimi dan berasa tidak adil apabila kerja telah mereka laksanakan selama sebulan tetapi syarikat tidak memberikan gaji seperti dijanjikan.
Maka pada saat inilah ibu bapa harus menyedarkan anak-anak bahawa bagaimana pula kita yang telah dijadikan ALLAH dengan sempurna kejadian dan sampai masa ALLAH tunggu untuk kita sujud dan tunduk padanya tanda kita bersyukur tapi kita tidak laksanakannya.
Manakala bagi ibu bapa sendiri yang gagal melaksanakan ibadat solat, cuba kita fikirkan apakah perasaan kita jika anak-anak yang telah dewasa hanya akan perlukan ibu bapa ketika mereka sesak ketiadaan duit ataupun ketika mereka dalam kesusahan.
Pasti kita berasa marah dan kecil hati. Tapi apakah mungkin kita sendiri yang hanya akan ingat pada ALLAH ketika kita susah?
*Oleh SYAHIDATUL AKMAL DUNYA, Sinar Harian, 29 November 2013
Isnin, Disember 02, 2013
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
PENULIS
Rokiah Mad Dom

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

Seorang Surirumah Sepenuh Masa
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Didik anak rajin solat silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "