Gambar yang dirakamkan 5 November lalu menunjukkan model kenderaan perayau, 'Arnab Jed' akan digunakan dalam meninjau bulan program angkasa lepas, ketika ditayangkan di Pameran Industri Antarabangsa China 2013 di Shanghai, China.
BEIJING, 30 Nov. - China akan melancarkan misi meninjau bulan pertama menggunakan kenderaan perayau esok, dalam program angkasa lepas terbaru negara ini.
Menurut laporan stesen penyiaran CCTV, misi itu akan dilancarkan di Pusat Pelancaran Satelit Xichang pada pukul 1.30 pagi waktu tempatan esok (1.30 pagi waktu Malaysia).
Kenderaan perayau yang dinamakan 'Yutu' atau 'Arnab Jed' itu akan dibawa ke bulan menggunakan roket Chang'e 3.
Sekiranya misi itu berjaya dilancarkan, ia bakal menjadi batu loncatan buat program angkasa lepas negara ini untuk membina stesen angkasa lepas kekal menjelang 2020.
Kenderaan perayau yang mempunyai enam roda itu mendapat namanya menerusi undian yang dilakukan secara atas talian.
Nama itu dipilih berdasarkan mitos masyarakat Cina tentang kehidupan seekor arnab putih yang dijadikan haiwan peliharaan oleh Dewa Bulan.
Institut Kajian Kejuruteraan Sistem Aeroangkasa Shanghai yang bertanggungjawab menghasilkan kenderaan perayau itu menyatakan bahawa ia dilengkapi dengan beberapa teknologi canggih.
"Arnab Jed dilengkapi dengan sistem pandu arah 'autonomi', selain mempunyai roda yang mampu bergerak di atas permukaan berhabuk bulan.
"Kenderaan perayau itu juga boleh memanjat permukaan yang mempunyai kecondongan sehingga 30 darjah dengan kelajuan 200 meter sejam," menurut institut tersebut. - AFP
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "