Mendengar seorang menteri bercakap bahasa Inggeris di kaca TV, walau lintang pukang sebutan, nahu dan tatabahasa, Rania tergelak. Menteri itu dikenalnya kerana salah seorang super senior universiti. Graduan dalam ekonomi dan selalu ke kampus untuk memberi ceramah motivasi. Berlagak kerana hanya mahu bercakap dalam bahasa Inggeris, kerana katanya, itulah bahasa dunia, bahasa yang membawa kemajuan dan taraf intelektual.
"Kau ada baca Twitter menteri itu?"
Tanya Rania kepada Jamal. Mereka di kantin, menanti panggilan untuk masuk ke bilik temuduga, untuk jawatan guru sementara di sebuah sekolah pinggiran bandar. Ada tiga jawatan kosong, yang memohon seramai lebih seribu orang.
Jamal menggeleng. Tidak pernah peduli dengan Twitter, sekadar Facebook.
"Dia banyak guna bahasa SMS. Ringkas sebab ada had perkataan dalam Twitter. Sehingga terbawa-bawa dalam penulisannya. Kelakar bila baca orang-orang tua berbahasa dengan ejaan SMS!"
"Apa salahnya?" Tanya Jamal. "Tidak semua orang macam kau, kalau hantar SMS pun menggunakan ejaan penuh, tiada akronim dan perkataan rengkas. Buang masa, sekarang semua orang tulis pendek-pendek!"
Rania ketawa kecil. Selalu diperli kawan-kawan kerana tidak bertolak ansur dalam soal bahasa. Bukan sahaja kerana dia graduan Bahasa Melayu, lebih dari itu, Rania mahu menjadi benteng terakhir dalam penggunaan bahasa yang betul. Sesuatu yang pelik dan janggal bagi rakan-rakan.. Komen-komennya dalam Facebook juga sama, tiada pendekan perkataan.
"Banyak salahnya, dan yang paling salah, menghina bahasa sendiri!"
"Itulah kau, bahasa tidak bawa kita ke mana-mana pun diperingkat global. Aku pun menyesal tidak rajin belajar bahasa Inggeris. Kalau tak, boleh kerja dengan GLC atau multi-nasional dengan gaji besar!"
"Itu memang salah kau, siapa suruh buang bahasa Inggeris. Aku ambil pengajian bahasa Melayu, tetapi bahasa Inggeris pun aku dalami. Aku tidak baca novel-novel cinta cipisan macam Zulkarnain. Aku baca novel-novel Inggeris!"
"Habis itu, kenapa kau masih menganggur?"
Rania terdiam. Pertanyaan yang sedikit menghina kerana lebih banyak iklan pekerjaan menyatakan, mahu calun yang boleh berbahasa Mandarin/Tionghua. Tiada yang mahu calun fasih berbahasa Melayu. Satu agenda rasisme yang tersembunyi.
Bersambung.......... ke bahagian empat
Selasa, Disember 31, 2013
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
PENULIS
Rokiah Mad Dom

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

Seorang Surirumah Sepenuh Masa
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Cerpen : Apa Lagi Yang Kamu Mahu? (Tiga) silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "