"Bahasa Melayu boleh buat duit apa?"
Jamal seakan memperli sambil menghulurkan sebuah novel. Dia suka membaca novel cinta dan mempunyai koleksi besar. Graduan dalam bidang IT yang romantis dan kerap bertukar kekasih, seperti mana watak romeo dalam novel-novel kegemarannya. Lelaki lembut, lelaki metro yang pandai mengorat. Bergaya dengan jenama-jenama.
"Kamu tengok novel-novel terlaris di pasaran tempatan, semua novel Bahasa Melayu! Kabarnya ramai penulis novel cinta sudah menjadi jutawan dan selebriti!"
Rania hanya tersenyum. Melihat ke arah poster filem Melayu yang terpampang di restoran mamak. Sebuah filem seram dengan wajah-wajah pelakun popular. Memecah kotak pawagam berkali-kali.
"Filem Melayu juga sudah banyak capai jualan tiket jutaan ringgit. Artis-artis kita yang bertaraf selebriti pun kaya raya. Tengok dalam majalah ini!"
Sambung Zulkarnain menunjukkan sebuah majalah hiburan yang dipenuhi aksi-aksi seksi selebriti. Seakan artis-artis Hollywood dengan pelbagai gosip, skandal dan pendedahan memalukan. Semuanya bertaraf sampah bagi Rania tetapi tidak ramai kawan-kawan sebaya. Mereka bukan sahaja mengikuti dari majalah, malah ke Facebook sebagai peminat setia yang mahu tahu apa sahaja, termasuk kisah-kisah dalam kain dan seluar.
Ketika itu, Rania pun melontar gurauan kepada Zulkarnain, graduan kejuruteraan awam yang juga masih menganggur.
"Kau sepatutnya jadi artis, atau jadi ustaz glamour, ustaz selebriti. Kau tengok ustaz yang popuar dalam Youtube itu, cakap bahasa Melayu pun tidak betul, dengan loghat kelakar, peminatnya jutaan orang. Kaya raya dan boleh kahwin tiga!"
"Artis pun ada kahwin empat!" Celah Jamal sambil membetulkan rambut yang dijaga rapi. "Artis? Ahli politik pun.... asal ada duit dan rupa macam aku!"
Rania dan Zulkarnain tergelak. Melupakan sebentar lara graduan menganggur yang tentunya tidak lebih berhasil ilmu dari pendatang yang menjadi pelayan di restoran mamak tersebut. Pendatang yang semakin baik berbahasa Melayu dan menghantar wang ke kampung halaman, dan merasakan berada dalam sebuah syurga dunia, berbanding tanahair mereka!
Bersambung.......... ke bahagian tiga
Khamis, Disember 26, 2013
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
PENULIS
Rokiah Mad Dom

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

Seorang Surirumah Sepenuh Masa
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Cerpen : Apa Lagi Yang Kamu Mahu? (Dua) silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "