2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Bonnie & Clyde penjenayah kelas dunia

SIAPA tidak mengenali, Bonnie dan Clyde, pasangan penjenayah terkenal dunia berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) sekitar 1931 hingga 1934.
 
Mereka melakukan rompakan di lebih 15 bank, premis perniagaan dan meragut bergerak aktif bersama kumpulannya dikenali sebagai Barrow Geng dianggotai Buck Barrow, Blanche Barrow, Raymond Hamilton, W D Jones, Joe Palmer, Ralph Fults dan Henry Methvin.
 
Sepanjang melakukan jenayah, mereka dilaporkan membunuh 13 orang termasuk sembilan anggota polis sehingga diberkas dan ditembak mati di Louisiana. 
 
Kematian dan segala kegiatan jenayah dilakukan membuatkan pasangan itu popular sehingga dilabelkan sebagai penjenayah kelas dunia apabila kisah hidup pasangan ini difilemkan oleh pengarah Fritz Lang berjudul You Only Live Once pada 1937.
 
Pada 1958, pengarah William Witney kemudiannya turut memfilemkan kisah hidup pasangan jenayah ini dengan judul The Bonnie Parker Story.
 
Sepuluh tahun kemudian, stesen televisyen tempatan membuat drama bersiri mengangkat kisah pasangan ini melalui Bonnie & Clyde: The True Story
 
Plot kisah mereka mudah. Memaparkan  pasangan romantis seperti Romeo & Juliet melakukan rompakan, membunuh, mencuri dan akhirnya menemui ajal bersama.
 
Di sebalik keganasan dilakukan, Bonnie dikatakan seorang 'penjenayah sentimental' susulan penemuan ratusan puisi cinta oleh anggota penyiasat ketika menggeledah kediaman mereka.
 
Selain itu, kumpulan penyiasat turut menemui beberapa keping foto romantis mereka bergaya bersama puluhan  senjata yang digunakan untuk melakukan jenayah.
 
Kini, kesemua senjata berkenaan di pamerkan di National Museum of Criminal and Punishment.
 
Bonnie
Bonnie merupakan anak kedua daripada tiga beradik hasil pasangan  Charles Parker dan Emma Krause. Beliau dilahirkan dilahirkan di Rowena, Texas. Ketika berusia 4 tahun, ayahnya meninggal dunia dan mereka berpindah ke kampung halamannya di Cement City, Dallas.
 
Sepanjang berada di bangku sekolah, Bonnie merupakan pelajar paling menonjol terutama dalam penulisan puisi dan pengucapan awam. Sehingga ke hari ini, karyanya boleh diperoleh melalui buku The story of Suicide Sal dan The Trail's End.
 
Ketika berada di gred dua sekolah tinggi, Bonnie yang ketika itu berusia 16 tahun jatuh cinta dengan rakan sekelasnya Roy Thornton, lalu mereka berkahwin pada 1926 dan berhenti sekolah.
 
Bagaimanapun usia perkahwinan mereka hanya bertahan tiga tahun. Tetapi, penceraian itu dikatakan tidak dilakukan secara rasmi. Media melaporkan, ketika Bonnie ditembak mati, beliau masih memakai cincin perkahwinannya itu.
 
Lebih mengejutkan, ketika Bonnie ditembak, Thornton merupakan salah seorang daripada anggota polis yang terlibat ketika serbuan terbabit.
 
Clyde
Clyde dilahirkan di Ellis County, Texas, selatan Dallas. Beliau merupakan anak lima dari tujuh beradik dari hasil perkahwinan Henry Basil Barrow dan Cumie T Walker. Membesar dalam keluarga miskin, mereka  kemudiannya berpindah ke barat Dallas pada awal 1920 kerana kemelesetan ekonomi dunia. Pada bulan pertama mereka berpindah, keluarganya hanya berteduh di gerabak kereta api usang.
 
Kali pertama Clyde ditahan polis adalah pada 1926 kerana gagal memulangkan kereta yang disewa pada masa yang ditetapkan. Beliau kemudiannya sekali lagi ditahan bersama abangnya Marvin 'Buck' Barrow, atas kesalahan mencuri ayam belanda. Setahun kemudian, beliau terus aktif mencuri hingga dipenjarakan dua tahun di Eastham Prison Farm.
 
Cinta Bonnie, Clyde
Jika dilihat dari sudut latar belakang keluarga Bonnie, beliau bukan gadis kasar.
 
Namun, sejak berkenalan dengan Clyde dalam satu majlis di rumah sahabatnya menjadikan Bonnie seorang gadis liar. Mulai saat perkenalan itu, Bonnie yang ketika itu berusia 19 tahun mula berjinak dengan kumpulan Barrow.
 
Beliau sanggup mengikut jejak Clyde gara-gara kemaruk cinta. Maka itu tidak hairan pasangan ini dikenal sebagai penjenayah dua sejoli kerana sering melakukan kegiatan jenayah bersama.
 
Selain aktif melakukan jenayah, pasangan ini juga dikatakan sering mengambil gambar bersama mangsa.
 
Mereka melakukan kegiatan jenayah dan pembunuhan di Texas, Oklahoma, New Mexico dan Missouri.
 
Kematian 
Pada 1934, merupakan tahun puncak kegiatan mereka tumpas. Pasangan itu ditembak mati oleh enam anggota polis dalam serbuan di Bienville Parish Louisiana.
 
 
 
Muhammad Ttuyup , Khamis, Disember 26, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog