Aku sudah siap mengemas apa yang patut aku bawa. Semuanya muat-muat SLK850 aku saja. Encik Muqri sudah berikan alamat rumah sewa itu. Dia kata rumah itu sudah fully furnished, basuh kaki nak masuk saja. Sewanya juga RM300 sebulan, rumah bawah ada laman sikit. Jiran-jirannya kebanyakkan melayu. Okaylah tu! Aku tak suka sewa ramai-ramai. Encik Muqri pun sudah serahkan kunci kepada jiran sebelah, so aku boleh pindah masuk bila-bila. Tak perlu tunggu dia! Alhamdulillah… semoga semuanya berjalan lancar!
"Tak mahu abah hantar?"
"Tak perlulah. Next week baru abah datang."
"Ye lahh… next week lah baru kita datang. Ini nak pergi kenduri ni."
Aku melihat mama sudah bersiap-siap dengan selendang dan jambul di hadapan! Ala-ala tudung Siti Nurhaliza pula. Aku ni bertudung litup, sedikit nasihat pun dia tak mahu hiraukan. Nak juga tunjukkan jambul. Lantak dia lah… kubur masing-masing. Malas aku nak cakap banyak kali, kang kata melawan pula.
"Sabarlah Mar. Hishh.. awak ni Mar, anak nak pergi, kenduri kawan pula disibuknya!" Marah abah.
"Anak kita tu pandai berdikari bang. Saya tak risau sangat. Nanti bila dia kahwin, kawan-kawan kita datang kenduri kita. Sebelum mereka nak datang, kita kena datang dulu kenduri mereka."
"Ehhh… siapa nak kahwin pula?!" marah aku bila topik munakahat ini timbul!
"Takkan nak jadi andalusia pula."
Aku mencebik.
"Kalau kakak tak nak, Maleek nak!"
"Hishhh…" marah mama.
Aku ketawa. Maleek bukan muda juga, sudah 26 tahun! Layak pe kahwin. Aku yang 28 tahun ni… rasa masih belum sampai seru lagi.
"Sudah! nak pergi dah ni. Nanti lewat, nak cari jalan pula lagi."
Aku segera menyalami abah dan mama. Aku mencium kedua-dua pipi mereka. Mama tu walaupun suka marah-marah aku, kononya berjiwa kental, dia akhirnya menitis air mata juga!
"Awak ni Mar, sayang juga pada anak awak ya."
Aku tergelak. Mama menjuih bibir Ning Baizuranya.
Kemudian aku memeluk Maleek. Aku pesan suruh jaga mama dan abah. Apa-apa inform dan call selalu. Jangan call nak minta duit saja! Maleek tersenyum.
"Bye… assalamualaikum!"
Aku masuk terus ke dalam kereta. Seri Iskandar, here we go!!
Hari pertama bekerja, aku berkenalan dengan semua orang. Jabatan kaunseling aku cuma ada tiga orang kaunselor. 3 kaunselor untuk berapa ribu orang pelajar! Hushh… agak berat tanggungjawab ini. Nasib baik budak-budak universiti ini sudah berakal, boleh tahu mana baik dan buruk. Tugas aku bukan saja memberikan kaunseling kepada yang memerlukan, aku juga perlu mengikut pelbagai aktiviti universiti terutama menunjukkan betapa pentingnya kaunseling ini. Kalau di negara barat, kaunselor macam aku ini, bayaran servisnya sahaja mengikut jam dan mahal. Di Malaysia, masih belum ke tahap itu lagi. Masing-masing ingat kalau pergi ke kaunseling, maknanya sakit mental! Itu yang aku mahu ubah… sikap mentaliti orang Malaysia. Kami bukan Ah Long… kami mahu tolong! Heh…
"Selama ni, kita tak ada buletin. Jom kita buat buletin."
"Buletin?"
"Ya… buletin, kita cerita pasal kaunseling." Ujar aku.
Mereka semua mengangguk dengan cadangan aku. Akhirnya aku yang menjadi editornya. Hem… sama macam aku di sekolah dulu. Menjadi editor untuk majalah kaunseling sekolah! Hush… sibuk pula rasanya tiba-tiba.
"Wahh! Cik Jaz dah berjaya psiko orang nampaknya."
Aku tergelak dengan kata-kata Encik Muqri.
"Mana ada psiko…"
"Oppss.. santau!"
Aku tergelak besar. Ternyata dia masih ingat hal itu.
"Rumah okay?" tanya dia.
"Okay sangat. Terima kasih."
"Sama-sama. Bukan rumah saya, rumah kawan. Dia minta tolong saya tengok kan kot-kot ada nak menyewa."
"Ohhh…" Aku tersenyum.
"Apa-apa nanti, rosak sana sini ke, awak telefon saja saya."
"Okay."
Encik Muqri itu terus berlalu ke tempatnya.
Aku teruskan dengan kerja aku mencari bahan untuk buletin pertama aku.
"Eh Jaz… kau tu elok-elok dengan Encik Muqri tu. Nampak saja lembut, tapi dia tu straight tau!"
Aku ketawa mendengar kata-kata Aleya.
"Hish.. aku cakap, dia ketawa pula."
"Iya… aku faham."
Aku mengelengkan kepala aku. Macam-macam hal politik dalam pejabat ni. Aku ingatkan politik Perak je tak stabil, sini pun tak kurang juga. Banyak betul gosipnya. Lecturer tu dengan lecturer ni. Kakitangan tu affair dengan kakitangan ni… Wahhh! Dasyat…
Aku?? Kerja je lah wehh… cukup bulan tukar tayar, tukar rim! Huhuh…
Sudah dua minggu aku di sini, tepat jam 5.30 petang mesti aku balik, malas nak tunggu lama-lama. Baik aku bawa balik kerja dan melepak depan channel 710! Hari ini ada Bones dan Criminal Mind. Wahhh… favourite cerita aku tuh!
Tapi hari ini, nampaknya tak boleh nak pulang awal. Aku kena siapkan draf ini dan edit sebelum balik. Siap-siap sahaja aku print A3 ni, aku nak balik. Dah dekat pukul 9.00 malam, aku pun tak berani nak balik seorang. Gagah jugalah! Minta simpang lah jumpa jubah putih!
Janganlah kereta buat hal di saat-saat ini. Dua hari lepas, kereta tak boleh nak start. Rupanya air bateri dah naik kering. Nasib baik dia buat hal dekat stesyen minyak, kalau dia buat hal tengah jalan?? Huh… mintak simpang! Hai SLK850 ku yang macho… janganlah dikau buat amukan gerila pula tengah-tengah jalan ni ya… Kalau tidak aku sumpah kau jadi katak kodok menggerutu! Hishh… ini semua penangan tengok cerita Putera Katak tu lah!
Bersambung........... ..
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "