BEIJING, 2 Nov. - Sepasukan penyelidik di China mendapati, wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang mengorbankan seramai 774 nyawa sedekad lalu, berpunca daripada kelawar.
Menurut saintis, mereka menemui dua koronovirus SARS (SARS- CoV) pada kelawar jenis 'Chinese Rufous Horseshoe' yang didakwa hampir sama dengan virus yang menjangkiti manusia.
Pasukan penyelidik yang diketuai oleh Profesor Shi Zhengli dari Akademi Sains China di Bejing mendapati bahawa virus dalam badan kelawar itu menjangkiti sel-sel manusia dengan cara yang sama.
Ini bermakna, koronovirus atau virus yang menjadi punca wabak itu boleh berpindah secara langsung daripada kelawar kepada manusia.
Kumpulan penyelidik itu menambah, koronovirus yang menyerupai SARS adalah kira-kira 95 peratus secara genetiknya yang sama dengan virus SARS pada manusia.
Saintis kini mendakwa, wabak itu mula menular di pasaran hidupan liar, tempat kelawar itu disimpan atau daripada seseorang yang tinggal berhampiran gua kelawar tersebut.
Kelawar Chinese Rufous Horseshoe dinamakan kerana bentuk hidungnya dan ia mudah ditemui di China, India, Nepal serta Vietnam.
SARS membunuh kira-kira 10 peratus daripada 8,094 orang yang dijangkiti wabak itu pada 2002 dan 2003 dengan mereka dikesan mengalami simptom seperti cirit-birit, kegagalan buah pinggang dan kesukaran bernafas. - Agensi
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "