Isnin : 21 April 2025   
@ 23 Syawal 1446H / 1:31 AM

4Isnin,November

Misteri kematian Firaun Tutankhamun didedah

Raja Tutankhamun mati selepas dilanggar oleh kenderaan berkuda yang dipandu laju.
 
LONDON, 3 Nov. - Misteri kematian Firaun terkenal, Raja Tutankhamun selama 3,336 tahun, yang sebelum ini dikaitkan dengan pembunuhan, penyakit kusta atau dipatuk ular, akhirnya terjawab apabila punca kematian sebenarnya didedahkan oleh satu kajian terbaharu.
 
Mumia Raja Tutankhamun yang ditemui kira-kira 91 tahun lalu oleh pakar arkeologi Britain, Howard Carter di Lembah Raja, Mesir, menunjukkan Firaun itu mati akibat dilanggar oleh kenderaan berkuda yang dipandu laju.
Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Kajian Masyarakat Mesir, Dr. Chris Naunton selepas beliau membaca nota Howard yang tidak pernah disiarkan kepada umum.
 
Naunton menggunakan teknologi terbaru untuk 'mewujudkan semula' kematian Raja Tutankhamun atau dikenali sebagai Raja Tut, dan kisah kematiannya dijadikan siri dokumentari yang bertajuk 'Tutankhamun: The Mystery Of The Burnt Mummy', yang akan disiarkan pada 10 November ini.
 
Beliau turut menjalankan kajian terhadap daging Raja Tut, yang didapati menjadi hangus, dipercayai dibakar sebelum dimasukkan ke dalam keranda.
 
Pemeriksaan lanjut oleh Naunton bersama pakar forensik mendapati kecederaan Raja Tut menyerupai luka akibat dilanggar sesuatu yang berat dan beroda seperti digunakan oleh kenderaan berkuda.
 
Pada 1968, seorang jurugambar dari Universiti Liverpool mengambil 50 gambar X-ray mumia tersebut yang menunjukkan bahagian tengkorak Raja Tut pecah, menyebabkan pakar membuat kesimpulan raja itu mati akibat dibunuh.
 
Namun, teori yang berlarutan hampir empat dekad itu akhirnya terungkai, apabila Nounton mendedahkan bahawa kecederaan yang dialami di dada Raja Tut adalah akibat dilanggar.
 
Malah tulang rusuk sebelah kiri raja berkenaan juga didapati patah, selain kekurangan satu tulang dada dan jantung.
 
"Raja Tut dilanggar kenderaan berkuda dengan kelajuan yang tinggi sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan teruk yang menjadi punca sebenar kematiannya," katanya. – Agensi
 
Marjaki Rawo , Isnin, November 04, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog