2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Ulek Mayang ada unsur mistik

KUALA TERENGGANU, 13 November 2013 - Tarian Ulek Mayang dan Kuda Kepang dipercayai mengandungi unsur mistik kerana sebelum ini telah banyak berlaku kejadian pelik sama ada terhadap penari atau penonton yang melihat persembahan itu secara dekat.
 
Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Terengganu, Zahari Mat berkata, jika mengikut sejarah, tarian itu mengandungi unsur memanggil atau memuja malah sehingga sekarang masih berlaku kejadian seperti melakukan ritual secara tidak sengaja.
"Sehingga ini, setiap kali membuat persembahan biasa pun unsur ritual itu akan wujud terutama sekiranya persembahan itu diadakan ketika Maghrib atau sebelah petang dan penari menggunakan mayang pinang atau kelapa dalam persembahan itu.
 
"Ini sebab mayang pinang dan mayang kelapa adalah syarat pemujaan untuk memanggil dan histeria yang dialami penari atau penonton yang berlaku kini turut berlaku zaman dahulu ketika tarian," katanya.
 
Kata Zahari, jika dilihat pada lirik lagu 'Ulek Mayang' juga ada unsur memanggil atau memuja.
 
Menurutnya, perkara itu bukan sahaja berlaku sekali dua, malah kebanyakan mereka yang terlibat dalam persembahan nyanyian dan tarian terutamanya ulek mayang berdepan pengalaman yang pelik.
 
"Saya agak terkejut apabila membaca berita mengenai hampir 50 anggota JPAM mengalami histeria ketika menyaksikan persembahan kuda kepang dan ulek mayang di kawasan perkhemahan dekat Jalan Pantai, Port Dickson baru-baru ini.
 
"Perkara begini tidak berlaku lagi sekiranya mereka yang terlibat membuat persiapan rapi sebelum persembahan," katanya.
 
Zahari berkata, sepatutnya, sebelum membuat persembahan, penari dan penonton perlu mempersiapkan diri dengan pendinding seperti membaca doa selamat meminta dijauhkan daripada gangguan makhluk halus.
 
"Makhluk halus ada di mana-mana. Kita yang tidak nampak. Terutama di tepi sungai, pantai atau bukit kerana kawasan begitu adalah lokasi permainan mereka.
 
"Kawasan itu tidak sesuai untuk dibuat persembahan ulek mayang dan kuda kepang. Lainlah sekiranya diadakan di dewan," katanya.
 
Menurutnya, baru-baru ini pun, mereka di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Terengganu ada mengalami masalah serupa di mana beberapa penari dan penonton pengsan ketika mengadakan persembahan tarian ulik mayang sehingga persembahan terpaksa dibatalkan.
 
Bagaimanapun, Zahari berkata, lebih elok mendapatkan nasihat dari mereka yang alim mengenai perkara ini.
 
"Persembahan kesenian begini tidak boleh dibuat secara suka-suka. Perlu teliti lokasi dan mereka yang terlibat perlu bersiap sedia dari segi mental dan emosi.
 
"Perlu banyak berdoa dan memohon agar dijauhkan daripada kejadian tidak diingini," katanya.
Cik NiNe Che Kadir , Rabu, November 13, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog