RAMALLAH (Tebing Barat), 7 Nov. 2013 - Saintis Switzerland dilaporkan menemui bahan bukti yang mengesyorkan Yasser Arafat mungkin diracun dengan bahan radioaktif, demikian menurut satu stesen televisyen hari ini.
Ia hampir mengesahkan dakwaan isteri pemimpim Palestin itu sebelum ini bahawa Arafat menjadi mangsa kekejaman jenayah.
Pegawai Palestin sudah lama menuduh Israel sebagai pihak bertanggungjawab dalam meracuni Arafat yang membawa kepada kematiannya, namun Israel menafikan tuduhan itu.
Arafat meninggal dunia dalam keadaan misteri di sebuah hospital tentera di Parancis pada 2004, selepas sebulan jatuh sakit di kediamannya di Tebing Barat yang bersempadan dengan Israel.
Penemuan kajian itu didedahkan hari ini dan bakal menjadi bahan bukti dalam penyiasatan kematian Arafat yang diusahakan oleh isteri Arafat, Suha, demikian menurut stesen tv satelit Al-Jazeera.
Tahun lalu, Institut Radiasi Fizik Switzerland menemui bahan polonium-210, satu unsur radioaktif yang terdapat pada beberapa barangan milik Arafat, termasuk pakaiannya.
Sampel tanah dan tulang yang diambil di kubur Arafat di Tebing Barat, turut diambil untuk kajian itu.
Hari ini, stesen tv berkenaan menyiarkan laporan penuh penemuan pasukan saintis Switzerland setebal 108 muka surat itu berdasarkan sampel tanah dan tulang berkenaan.
"Keputusan itu menyokong bahawa kematian itu ada kaitannya dengan racun daripada bahan polonium-210 itu," kata laporan berkenaan.
Suha memberitahu Al-Jazeera bahawa beliau sangat terkejut dan sedih dengan penemuan berkenaan.
"Ia amat mengejutkan, terkejut kerana jenayah yang dilakukan terhadap pemimpin yang hebat," katanya. - AP
Khamis, November 07, 2013
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Saintis Switzerland kemuka bukti Arafat diracun silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "