Pengarah Institut Radiasi Fizik, Francois Bochud (kiri) dan Pengarah Hospital Universiti Lausanne, Patrice Mangin mengadakan sidang akhbar berhubung punca kematian Yasser Arafat di Lausanne, Switzerland, kelmarin.
LAUSANNE, 8 Nov. 2013 - Laporan ujian sampel ke atas mayat bekas Presiden Palestin, Yasser Arafat yang didapati mengandungi tahap radioaktif polonium yang tinggi, hanya menyokong teori tetapi tidak membuktikan beliau mati diracun, lapor dua saintis Switzerland di sini, hari ini.
Dua pakar forensik itu merupakan sebahagian daripada pasukan saintis antarabangsa yang bertanggungjawab menggali kubur Arafat di Ramallah di Tebing Barat pada November lalu untuk menyiasat punca kematiannya.
Laporan setebal 180 muka surat kumpulan itu yang disiarkan semalam menunjukkan Arafat dipercayai mati dibunuh apabila ujian mendapati mangsa memiliki tahap radioaktif polonium 18 kali lebih tinggi berbanding biasa.
Namun seorang daripada saintis Switzerland, Patrice Mangin yang merupakan Pengarah Hospital Universiti Lausanne berkata, keputusan kajian mereka itu merupakan penjelasan yang diperolehi berdasarkan bukti terhad.
"Kajian kami merupakan teori yang disimpulkan daripada hipotesis kewujudan racun itu yang lebih konsisten berbanding laporan yang menunjukkan mayat Arafat tidak mengandungi racun," jelasnya.
Seorang lagi saintis, Francois Bochud yang merupakan Pengarah Institut Radiasi Fizik berkata, teori tentang Arafat mati diracun tidak dapat disahkan semata-mata bergantung kepada laporan itu.
"Siasatan kami tidak boleh membuat kesimpulan bahawa Arafat mati akibat racun itu kerana kajian yang dijalankan tidak membenarkan kami membuat kesimpulan racun polonium sebagai punca kematian Arafat," katanya.
Bagaimanapun menurut Bochud, beberapa mikrogram polonium sudah cukup untuk membunuh seseorang.
"Sebagai contoh, jika diletakkan di dalam minuman atau makanan, lima mikrogram racun itu sudah boleh menyebabkan kematian.
"Kesan polonium akan mengambil masa kira-kira sebulan sebelum mangsa mati dan ia biasa berlaku dalam kes keracunan bahan radioaktif, sama seperti yang berlaku pada Arafat," katanya. - AFP
Sabtu, November 09, 2013
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Saintis ketepi dakwaan Yasser Arafat diracun silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "