/

Mamalia marin Teluk Brunei makin terancam

LAWAS, 18 November 2013 - Teluk Brunei, yang berkeluasan 250,000 hektar, sememangnya terkenal sebagai antara habitat penting mamalia marin di rantau Asia Tenggara.
   
Perairan teluk yang dikongsi Brunei Darussalam bersama Sabah, Sarawak, dan Labuan itu disempadani di pesisirnya kawasan paya bakau dan hutan hujan tropika.
 
Beberapa sungai utama mengalir ke Teluk Brunei iaitu Sungai Brunei, Sungai Kilas, Sungai Padas Damit, Sungai Padas dan Sungai Lawas sebelum sampai ke Laut China Selatan.
   
Namun Teluk Brunei, yang sebelum ini kaya dengan sumber makanan pelbagai kehidupan marin khasnya mamalia laut, semakin terancam akibat kerancakan akitiviti manusia di kawasan perairan itu.
   
Institut Oseanografi dan Persekitaran (INOS) iaitu sebuah institut penyelidikan di bawah Universiti Malaysia Terengganu (UMT), sedang giat menjalankan kajian terperinci terhadap aspek kesihatan dan kelestarian haiwan marin di Laut China Selatan termasuk di Teluk Brunei.
  
KAJIAN UMT DI TELUK BRUNEI
Prof Madya Dr Saifullah Arifin Jaaman dari INOS berkata pihaknya sedang menjalankan kajian dan persampelan di Lawas sejak awal tahun ini.
   
Beliau berkata berdasarkan kepada kajian sebelum ini, Teluk Brunei dipercayai menjadi satu daripada lubuk utama hidupan marin khasnya mamalia laut seperti dugong, penyu dan ikan lumba-lumba untuk mendapatkan makanan.
   
"Kalau hendak direkod daripada 31 spesies mamalia laut yang ada di Asia Tenggara, hampir 27 spesies berada di Malaysia dan sebahagian besarnya boleh ditemui di Teluk Brunei," katanya kepada penulis ketika melawat Teluk Brunei baru-baru ini.
   
Teluk Brunei kaya dengan sumber makanan mamalia terutamanya rumpai laut spesies halophila dan halodule.
   
Menurut beliau, berdasarkan kepada kajian UMT, jumlah kehadiran mamalia laut seperti dugong dan penyu agar di Teluk Brunei banyak berkaitan dengan kewujudan sumber makanan di situ.
 
MAMALIA MARIN DIANCAM KEPUPUSAN
Dr Saifullah Arifin berkata aktiviti perkapalan, perindustrian dan perikanan yang tidak terkawal di Teluk Brunei dibimbangi boleh mengancam habitat marin di Teluk Brunei pada masa akan datang.
   
Kajian di Teluk Brunei akan dijadikan panduan untuk mengetahui kesan pencemaran terhadap flora dan fauna akibat aktiviti manusia.
   
"Menurut laporan daripada nelayan tempatan di Lawas, jumlah dugong yang selalu mereka temui semakin berkurangan berbanding 20 tahun lepas dan ia dipercayai ada kaitan dengan berkurangannya rumpai laut yang sebelum ini banyak terdapat di Teluk Brunei," katanya.
   
Menurut beliau, jumlah Dugong di kawasan perairan Malaysia kini semakin berkurangan dan dipercayai tidak sampai 300 ekor yang ada setakat ini.
   
Selain dugong, jumlah penyu agar yang singgah di Teluk Brunei untuk mendapatkan makanan juga semakin berkurangan.
  
PENGAWASAN DAN PENGUATKUASAAN
Sementara itu, Prof Madya Dr Wan Izatul Asma Wan Talaat dari INOS berkata oleh kerana Teluk Brunei bersempadan dengan beberapa wilayah yang berbeza maka amat sukar untuk melakukan penguatkuasaan di perairan teluk itu.    
 
Beliau, yang juga pakar undang-undang alam sekitar, berkata setakat ini hanya kerajaan negeri Sarawak melalui Sarawak Forestry Corporation (SFC) yang mengawal aktiviti perikanan komersial di bahagian perairan Sarawak di Teluk Brunei.
   
"Apabila sesuatu perairan itu dikongsi bersama oleh beberapa wilayah berbeza sistem perundangannya, ia pasti akan menyukarkan usaha penguatkuasaan dan pemuliharaan habitat di Teluk Brunei," katanya kepada Bernama.    
 
Oleh itu, INOS perlukan kajian dan data terperinci mengenai Teluk Brunei terutama dari segi hidupan dan habitat marin di situ untuk mengukuhkan asas perundangan dalam melindungi hidupan marin yang terancam ketika ini.   
 
Kajian itu menerima peruntukan dana berjumlah RM9 juta daripada Kementerian Pendidikan.
  
DUGONG DAN LUMBA-LUMBA SEMAKIN SUKAR DITEMUI
Dalam pada itu, penduduk tempatan Junaidi Ahmad, yang juga seorang nelayan di kampung Bukit Sari Lawas, berkata ketika ini jumlah dugong di Teluk Brunei semakin berkurangan.
   
Langkah segera perlu dilakukan untuk mengelak kepupusan spesies mamalia marin yang pernah menjadi buruan utama nelayan di Teluk Brunei suatu ketika dahulu.
   
"Dulu orang tangkap dugong untuk dijadikan sumber makanan kerana isinya seperti daging lembu, namun hari ini jumlah dugong semakin berkurangan dan jarang ditemui," katanya.
  
Junaidi adalah antara nelayan yang turut membantu UMT dalam menjalankan kajian mamalia laut di Teluk Brunei.
   
Menurut beliau, kekayaan sumber makanan seperti rumput laut merupakan antara tarikan utama mamalia laut ke Teluk Brunei.
   
"Tapi sekarang apa yang saya bimbang, aktiviti manusia seperti pembalakan di kawasan berhampiran pantai telah menjejaskan habitat mamalia laut itu," katanya. - Bernama
Marjaki Rawo , Selasa, November 19, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog