/

Kanada miliki mesen duit maya pertama di dunia

VANCOUVER – Tiga orang usahawan muda di Kanada telah menghasilkan mesin automatik untuk menukarkan sebarang wang kertas dengan duit yang boleh digunakan untuk traksaksi di internet.
Mesin itu yang dikenali sebagai Bitcoin adalah yang pertama di dunia. Ia digunakan kelmarin yang kemudian dihantar ke Vancouver di barat Kanada oleh sebuah syarikat pengeluar mesin tersebut di Amerika Syarikat (AS), Robocoin.
 
Mesin itu diletakkan di dinding sebuah kedai kopi popular dan menyerupai sebuah Mesin Teler Automatik (ATM).
 
Bagaimanapun, selain mampu melakukan urus niaga tunai, ia juga mampu menukarkan mata wang Kanada dengan duit maya yang digunakan dalam dunia internet.
 
Duit itu mula dicipta pada tahun 2008 oleh seorang saintis komputer yang hanya dikenali dengan nama samaran Satoshi Nakamoto.
 
Beberapa orang pelanggan mula beratur panjang kelmarin untuk menggunakan mesin ATM itu dan kemudian menggunakan telefon pintar mereka untuk membeli air kopi dan mufin di kedai kopi Waves.
 
"Mesin ATM ini adalah yang pertama di dunia," kata pengasasnya, Mitchel Demeter.
 
Demeter merupakan seorang usahawan tempatan yang memulakan perdagangan mata wang elektronik beberapa tahun lalu.
 
Dia dan rakan-rakannya yang pernah belajar bersama berkata, mereka melihat mesin ATM sebagai sebuah peluang perniagaan.
 
"Tiada orang memiliki mesin ATM. Semua orang hanya melakukan pembelian dan penjualan di dalam laman web sahaja," kata Demeter.
Para pelanggan akan menggunakan nombor pengenalan peribadi untuk mengakses akaun mereka di mesin duit maya itu.
 
Pelanggan-pelanggan itu akan memasukkan wang kertas ke dalam mesin tersebut yang akan menukarkannya ke dalam bentuk mata wang maya yang akan dimasukkan ke dalam telefon bimbit menerusi kaedah pengimbas.
 
Para pengguna kemudian akan membelanjakan duit maya itu dengan menggunakan telefon bimbit iaitu cara yang sama kad kredit digunakan. – AFP
Unknown , Jumaat, November 08, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog