PUTRAJAYA, 26 November 2013 - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) hari ini mengumumkan 15 November lalu sebagai tarikh penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709), diperkenalkan khusus bagi mencegah penyalahgunaan data peribadi orang awam untuk tujuan komersial.
Selaras dengan penguatkuasaan akta itu, semua pihak yang dikategorikan sebagai pengguna data di bawah Perintah Golongan Pengguna Data kini diberi tempoh sehingga 15 Feb tahun depan untuk mendaftar dengan Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia (JPDPM), dan menjadi kesalahan bagi mereka mendedahkan data peribadi kepada pihak ketiga tanpa persetujuan pemilik.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang membuat pengumuman itu berkata akta diluluskan pada April 2010 itu merupakan sebahagian matlamat dasar ke-10 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu bagi menjamin keselamatan maklumat serta kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian dalam perlindungan data di Malaysia.
Beliau berkata Malaysia merupakan negara pertama di kalangan negara anggota Asean yang menguatkuasakan akta seumpama itu, sekali gus menjadikan objektif transformasi Malaysia ke arah menjadi sebuah negara maju dalam dunia Hab Dunia ICT, bakal menjadi kenyataan.
"Melindungi maklumat data peribadi adalah suatu tanggungjawab sosial yang besar kerana Industri Besar Data (Big Data) di Malaysia sedang berkembang pesat, dan ia turut merangkumi soal data-data peribadi serta maklumat penting sesebuah organisasi," katanya dalam sidang media di KKMM di sini.
Ahmad Shabery menganggarkan ketika ini terdapat kira-kira 25,000 institusi dalam negara yang dikategorikan sebagai pengguna data yang perlu mendaftar dengan JPDPM dan mematuhi akta itu.
Menjawab satu soalan mengenai keseriusan masalah berkaitan pembocoran maklumat data peribadi, katanya beliau difahamkan setiap bulan pihak 'Cyber Security' menerima antara 800 hingga 1,000 aduan berhubung maklumat peribadi individu yang disalurkan kepada pihak tidak sepatutnya.
Ahmad Shabery seterusnya mengumumkan pelantikan Ketua Pengarah JPDPM, Abu Hassan Ismail sebagai Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi yang pertama, yang akan bertindak memastikan kelancaran pelaksanaan akta itu.
Sementara itu, JPDPM dalam siaran medianya mentakrifkan pengguna data sebagai pihak yang memproses apa-apa data peribadi atau mempunyai kawalan terhadap data berkenaan, atau membenarkan pemprosesan apa-apa data peribadi.
Ia turut menyenaraikan 11 sektor sebagai klasifikasi Golongan Pengguna Data, yang merangkumi sektor komunikasi, perbankan serta institusi kewangan, insurans, kesihatan, pelancongan serta hospitaliti, pengangkutan, pendidikan, jualan langsung, perkhidmatan, hartanah dan utiliti.
Ia turut menyenaraikan pelbagai kesalahan serta penalti di bawah akta berkenaan, termasuk hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun bagi kesalahan memproses data peribadi tanpa perakuan pendaftaran atau selepas pendaftaran dibatalkan, serta denda tidak lebih RM200,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan tidak mematuhi notis penguatkuasaan atau kehendak Pesuruhjaya. - Bernama
Rabu, November 27, 2013
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Akta Perlindungan Data Peribadi kuat kuasa 15 Nov silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "