2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Wanita paling ramai alami kemurungan

Kota Bharu, 11 Okt. 2013 - Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan 2011 mendedahkan jumlah wanita yang mengalami kemurungan di negara ini dua kali ganda berbanding lelaki.
 
Kajian oleh Kementerian Kesihatan itu membabitkan penduduk dewasa, iaitu berusia 16 tahun ke atas.
 
Daripada jumlah dikaji, 1.8 peratus penduduk dewasa di negara ini atau kira-kira 340,000 orang menghadapi kemurungan, manakala 1.7 peratus lagi atau 320,000 pula mengalami masalah keresahan.
Antara punca utama kemurungan yang dikenal pasti dalam kajian itu adalah tekanan perasaan akibat perubahan persekitaran dan masalah kewangan.
 
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata jika masalah kemurungan tidak ditangani, dikhuatiri jumlah pesakit mental di negara ini akan terus meningkat dalam tempoh 10 tahun, terutama mereka berusia lebih 50 tahun.
 
Tahap kesihatan merosot
"Kajian menunjukkan antara cabaran biasa dihadapi pada usia itu ialah kemerosotan tahap kesihatan akibat penyakit kronik.
 
"Pada masa sama, golongan itu turut terdedah kepada perasaan sunyi akibat di pinggir keluarga dan masyarakat, kehilangan keluarga dan rakan sebaya, persaraan, masalah kewangan dan kos rawatan penyakit," katanya.
 
Teks ucapan Subramaniam sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2013 bertemakan Kesihatan Mental dan Dewasa Tua di sini, semalam, dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman.
 
Mengenai sambutan hari kesihatan mental tahun ini, Subramaniam berkata, pihaknya memberi fokus kepada golongan berusia 50 dan ke atas dengan mengambil kira populasi berkenaan meningkat tiga kali lebih pantas daripada kumpulan umur lain.
 
Katanya, pertambahan populasi berusia 50-an dan ke atas mempunyai implikasi ke atas sistem penjagaan dan perkhidmatan kesihatan di mana tumpuan yang lebih perlu diberikan berkaitan kesihatan mental serta fizikal mereka.
 
Sementara itu, mengulas masalah tikus di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini, Dr Lokman Hakim berkata, ia berlaku disebabkan sikap masyarakat yang tidak mengutamakan kebersihan.
 
"Kalau masyarakat tidak menjaga kebersihan maka tikus akan terus menjadi masalah, bukan saja di HUSM tetapi tempat lain seperti rumah dan kedai... tikus tidak pilih tempat, asalkan ada makanan dan tempat tinggal, dia akan duduklah," katanya.
Unknown , Jumaat, Oktober 11, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog