/

10% penduduk Malaysia alami sakit mental menjelang

KOTA BHARU, 10 Okt. 2013 - Kira-kira 10 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini diramal akan mengalami penyakit mental menjelang 2020.
 
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, pertambahan populasi penduduk berusia 50-an dan ke atas menjelang 2020 akan memberi implikasi terhadap sistem penjagaan dan pemberian perkhidmatan kesihatan seperti kesihatan mental dan fizikal.
 
"Golongan usia 50-an dan ke atas akan menghadapi kemerosotan tahap kesihatan akibat penyakit kronik, rasa sunyi akibat terpinggir daripada keluarga dan masyarakat, hilang minat akibat hilang pekerjaan serta masalah kewangan akibat kos sara hidup yang tinggi," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Psikologi Pekhidmatan Awam sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Peringkat Kebangsaan kali ke-19 di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan di sini, hari ini.
 
Dr Lokman Hakim berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan bahawa kemurungan merupakan satu daripada penyakit mental yang menduduki tempat kedua teratas selepas penyakit jantung iskemia menjelang 2020.
Beliau berkata, kerajaan, keluarga dan komuniti perlu memainkan peranan untuk memastikan kesihatan mental warga 50-an dan ke atas terjamin dengan memberi sokongan yang positif untuk persiapan seseorang ke arah usia emas.
 
"Secara psikologinya, warga 50 tahun ke atas akan mengalami perubahan emosi dan personaliti, kemerosotan fungsi minda, serta perubahan pada tingkah laku.
 
"Perubahan yang dialami perlu diberi perhatian sewajarnya bagi membantu mereka mengekalkan tahap kesihatan mental yang baik," katanya.
 
Beliau berkata, Kementerian Kesihatan akan meningkatkan sistem rawatan, penjagaan dan pemulihan pesakit psikiatri melalui perkhidmatan di hospital dan klinik kesihatan dalam usaha menangani masalah itu.
 
"Sebagai langkah pencegahan, terdapat empat institusi mental dan 48 hospital kerajaan yang memberi perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental.
 
"Kini terdapat 252 pakar psikiatri di seluruh negara dan 80 pegawai psikologi klinikal selain 228 pakar perubatan keluarga di klinik-klinik kesihatan bagi mengesan dan memberi rawatan kepada pesakit yang dikenal pasti mempunyai gangguan dan penyakit mental," katanya.
 
Turut hadir pada seminar itu ialah Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam, Dr Abd Halim Mohd Hussin dan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir. - Bernama
 
Unknown , Jumaat, Oktober 11, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog