BEIJING, 22 Okt. - Masalah jerebu di China bakal selesai tidak lama lagi apabila sebuah syarikat reka cipta, giat membangunkan teknologi vakum elektrik yang boleh membersihkan ruang udara yang tercemar.
Pengasas syarikat Studio Roosegaarde dari Belanda, Daan Roosegaarde berkata, beliau bekerjasama dengan beberapa saintis di Universiti Delft untuk membangunkan teknologi itu yang akan ditempatkan di sebuah taman baru di Beijing.
Roosegaarde berkata, tempoh untuk membangunkan prototaip vakum tersebut akan mengambil masa setahun setengah sebelum dapat digunakan.
"Alat itu yang dikenali sebagai 'techno-poetry' menggunakan gabungan gelung penyedut tembaga dan teknik elektrostatik untuk menarik habuk ke bawah tanah, sekali gus membersihkan ruang udara seluas 60 meter persegi.
"Habuk yang disedut oleh gelung penyedut akan masuk ke dalam tanah tanpa melepaskan bahan toksik berbahaya kepada orang awam," katanya.
Pembangunan teknologi tersebut diumumkan ekoran masalah jerebu yang teruk yang melanda beberapa bandar raya di negara ini termasuk Beijing, sehingga pihak berkuasa Beijing terpaksa mengeluarkan amaran kepada kanak-kanak dan golongan tua agar tidak keluar rumah.
Krisis pencemaran udara menjadi masalah utama di ibu negara China dan beberapa wilayah lain sejak beberapa tahun lalu, sehingga menyebabkan sekolah dan pejabat kerajaan terpaksa ditutup serta membahayakan kesihatan dan mengurangkan jarak penglihatan.
Selain vakum tersebut, Roosegaarde turut dilapor membangunkan lantai tarian yang boleh menjana elektrik dan lebuh raya pintar yang menghasilkan cahaya sendiri.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan maklumat terperinci tentang kedua-dua teknologi terbabit. – Agensi
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "