Tulisan hiroglif Mesir terdapat pada makam lama berusia 4,000 tahun yang ditemui di Abusir, barat daya Kaherah, kelmarin. - AFP
KAHERAH, 23 Okt. - Ahli arkeologi menemui sebuah makam lama berusia 4,000 tahun di luar ibu negara Mesir, semalam dipercayai menjadi tempat persemadian seorang doktor terkemuka pada zaman Firaun.
Pegawai Kanan Kementerian Antik, Ali al-Asfar berkata, makam berukuran 21 meter panjang, 14 meter lebar dan empat meter tinggi itu ditemui di Abusir, barat daya Kaherah.
''Ini merupakan satu penemuan penting kerana makan tersebut milik salah seorang doktor terbaik ketika piramid sedang dibina, seorang doktor yang mempunyai hubungan rapat dengan raja (Firaun),'' kata Menteri Antik, Ibrahim Ali dalam satu kenyataan.
Kawasan sekitar makam tersebut dipercayai merupakan tanah perkuburan keluarga dan kumpulan arkeologi dari Republik Czech sedang mencari saki-baki mumia dalam kalangan keluarga itu.
Tanah perkuburan Abusi berkait rapat dengan kerajaan Mesir purba yang memulakan pemerintahan pada 2,500 sebelum masihi.
Skitar kawasan itu turut ditemui beberapa buah piramid Firaun daripada Dinasti kelima. - AFP
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "