KUALA LUMPUR, 4 Okt. 2013 - Orang awam dinasihatkan supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan produk tradisional Pao Ni Kang berikutan pendaftarannya dibatalkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kerana dikesan mengandungi racun berjadual repaglinide.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata repaglinide adalah ubat terkawal untuk rawatan penyakit diabetes dan ia tidak dibenarkan dalam ubat yang dikelaskan sebagai ubat tradisional.
"Indikasi yang tertera pada label produk (Pao Ni Kang) adalah digunakan secara tradisional untuk menambah tenaga dan perpeluhan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dr Hasan berkata, ubat repaglinide hanya boleh dibekal oleh doktor atau ahli farmasi dan penggunaan repaglinide tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan advers serius seperti hipoglisemia (penurunan mendadak paras gula).
"Antara simptom hipoglisemia ialah pening, menggigil, berpeluh, keliru dan lesu manakala hipoglisemia yang teruk boleh menyebabkan berlakunya sawan, tidak sedarkan diri atau koma.
"Dengan itu, adalah sangat bahaya sekiranya produk ini diguna oleh orang awam dan juga pesakit diabetes yang sedang menerima rawatan," katanya.
Dr Hasan menasihati pengguna supaya berhenti menggunakan produk berkenaan serta-merta dan mendapatkan nasihat profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
Beliau juga menasihatkan sesiapa yang mempunyai stok produk berkenaan supaya menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta-merta kerana perbuatan itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Katanya, individu yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.
Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya. – Bernama
Isnin, Oktober 07, 2013
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Pendaftaran ubat Pao Ni Kang dibatalkan silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "