LONDON, 4 Okt. - Sebuah syarikat pelaburan China mengumumkan rancangan untuk membina semula Crystal Palace di sini, bangunan yang pernah menjadi struktur kaca terbesar di dunia.
Pembinaan struktur yang menelan belanja 500 juta pound (RM2.5 bilion) itu akan dilakukan oleh ZhongRong Group mengikut saiz dan skala sama seperti karya asal arkiteknya, Joseph Paxton.
Crystal Palace dibina di Hyde Park, tengah London sempena Pameran Terulung Keajaiban dari seluruh dunia pada 1851 dan kemudian dipindahkan ke sebuah puncak bukit di selatan London pada 1854.
Bangunan tersebut musnah dalam kebakaran pada 1936, namun kawasan itu masih dikenali sebagai Crystal Palace.
Rancangan pembinaan syarikat itu termasuk menjadikan kawasan berkenaan menjadi sebuah destinasi kebudayaan baru, sekali gus memelihara kawasan persekitaran taman awam seluas 73 hektar itu menerusi seni taman, tanaman pokok dan kemudahan baru.
"London terkenal di seluruh dunia kerana sejarah dan budaya, dan Crystal Palace sebelum ini disebut di China sebagai satu kebanggaan dan pencapaian yang menakjubkan.
''Projek ini adalah peluang sekali dalam seumur hidup untuk membangunkan taman itu kepada zaman kegemilangannya," kata Pengerusi ZhongRong Group, Ni Zhaoxing . - AFP
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "