Isnin : 28 April 2025   
@ 1 Dzulka'edah 1446H / 12:16 AM

18Jumaat,Oktober

Pekerja Malaysia kurang masa bersama keluarga

JOHOR BAHRU, 18 Oktober 2013 - Kira-kira 63 peratus daripada pekerja Malaysia kurang menghabiskan masa bersama keluarga mereka kerana waktu kerja yang panjang, demikian mengikut kajian yang dijalankan oleh Jobstreet.com.
 
Kaji selidik yang dijalankan pada September dengan penyertaan 954 pekerja dalam pelbagai industri di Malaysia, juga menunjukkan hampir 70 peratus menghabiskan masa selama dua hingga lima jam bekerja di luar waktu kerja rasmi mereka setiap hari.
 
Pengurus Negara Jobstreet.com, Chook Yuh Yng berkata keseimbangan kerja dan kehidupan adalah mengenai menguruskan antara kerja dan aktiviti lain dengan berkesan yang penting kepada pekerja.
"Syarikat-syarikat perlu meningkatkan strategi keseimbangan kerja dan kehidupan untuk kakitangan kerana ia adalah salah satu cara paling mudah dan kos efektif untuk memastikan mereka terlibat, mencergaskan semula dan bermotivasi," katanya dalam satu kenyataan semalam.
 
Tanpanya, Chook berkata tekanan, keletihan dan ketidakhadiran boleh mengurangkan produktiviti dan prestasi syarikat.
 
Kaji selidik itu menunjukkan sebab utama responden memilih kerja lebih masa adalah disebabkan tarikh akhir yang tidak munasabah dan bebanan kerja, dengan tekanan yang lebih besar pada pekerja untuk menyelesaikan tugas mereka.
 
Hampir 75 peratus daripada responden memilih untuk berada lebih masa di pejabat untuk menyelesaikan kerja mereka dengan majoriti menyatakan mereka tidak dibayar bagi masa tambahan mereka.
 
Kira-kira 60 peratus menunjukkan syarikat mereka tidak menjalankan sebarang inisiatif untuk menggalakkan keseimbangan kerja dan kehidupan.
 
Kaji selidik itu juga mendedahkan bahawa 54 peratus berkata mereka tidak mengambil cuti tahunan kelayakan mereka tetapi hampir semua menjawab bahawa mereka masih mendapat teks kecemasan daripada ketua mereka.
 
Hanya 25 peratus daripada responden menyatakan mereka tidak mendapat sebarang gangguan daripada kerja semasa cuti manakala 78 peratus membiarkan  telefon bimbit mereka dapat dihubungi ketua mereka sepanjang masa.
 
Majoriti responden berpendapat syarikat perlu menyediakan waktu kerja yang fleksibel dengan pekerja boleh memilih waktu bermula dan berakhir bekerja setiap hari dan bukannya masa yang tetap.
 
Satu lagi cadangan ialah syarikat-syarikat perlu mempunyai dasar yang menggalakkan pekerja bekerja kurang daripada 40 jam seminggu, bukannya mewajibkan bekerja dari 9 pagi hingga 6 petang setiap hari. - Bernama
 
Unknown , Jumaat, Oktober 18, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog