CINTA adalah isi dalam rumah tangga. Tanpa cinta, hubungan tercipta seolah-olah bakal tidak bahagia. Benarkah tanggapan itu? Bagaimana pula kalau baru kenal, beberapa saat bercakap dalam telefon atau beberapa kali bertukar jelingan tiba-tiba hati terpaut dan jatuh cinta? Kata lain, cinta kilat?
Mungkinkah hubungan bertunjangkan cinta kilat ini akan terus mekar dan mekar sehingga bila-bila?
Sebelum mencipta jawapan, fikirkan dahulu beberapa perkara.
Toleransi, kasihan, serasi, marah, sayang, benci, rindu, salah faham, gaduh, loya, masam muka, meluat, ketawa, dan pelbagai lagi rasa juga isi dalam sebuah kebahagiaan. Tanpa selautan perasaan itu kita tidak kenal pasangan sehati sejiwa yang selayaknya tepat dengan pilihan kita. Ada manusia sukakan keindahan. Ada suka kesederhanaan. Ada pula mahukan yang biasa-biasa sahaja. Pernah kita melihat seorang wanita cantik berjalan dengan seorang lelaki gemuk dan pendek, malah berkulit gelap sedang ketawa dan bahagia seadanya, kerana jodoh, ajal, maut, dan rezeki adalah ketentuan Ilahi yang tiada siapa tahu.
Berbalik pada jodoh, beribu persoalan bermain di minda, paling ketara hati ini tidak bisa berbohong apatah lagi jika sudah jatuh cinta. Tidak hanya babitkan pasangan muda, sesiapa sahaja melalui situasi ini, cuma penangannya berbeza.
Golongan muda kadangkala tidak pandai mengawal perasaan lalu terjerumus ke lembah penghinaan, berlainan dengan mereka berpengalaman yang bijak mengawal keadaan.
Situasi seperti cinta kilat contohnya, ia boleh berlaku pada individu baik pertama kali bertemu, mahupun sesiapa sahaja kerana fitrah manusia mudah jatuh cinta apatah lagi jejaka atau gadis idaman berada di depan mata. Alangkah indahnya jika hanya beberapa kali bertemu, mengikat pertunangan, terus ke jinjang pelamin dan menyulam bahagia hingga akhir hayat. Namun disangka panas hingga ke petang, hujan pula di tengah hari, perkenalan singkat akhirnya putus di tengah jalan. Punca perpisahan kerana belum cukup mengenali antara satu sama lain dan paling menguris kalbu, perasaan cinta sudah berbahagi dan menganggap perkenalan singkat itu satu kesilapan besar dalam hidup.
Keputusan berkahwin yang dibuat dalam masa terdekat itu bagi menutup kesedihan tatkala perit ditinggal bekas kekasih, namun kenangan lampau tidak mampu dipadam sekelip mata. Fenomena ini sukar untuk diungkap dengan kata-kata, namun kehadiran cinta kilat juga membawa seribu pengertian.
Siapa pun pilihan setiap individu di luar sana, tentunya mereka mempunyai sebab dan alasan memilih apa yang mereka pilih. Ikuti pengakuan dan di sebalik kisah pasangan-pasangan menjalani kehidupan suka duka dengan cinta kilat mereka.
Si dia jatuh cinta dengan anda?
MEMBACA perilaku lelaki yang straight to the point adalah salah satu daripada ribuan kepakaran wanita. Namun, bersabit hal perasaan dan dalaman si lelaki, aduh, kadangkala lebih senang belajar Matematik Tambahan daripada membuat rumusan tentang perasaan mereka terhadap kita.
Tidak seperti wanita yang mudah menzahirkan emosi, lelaki sebenarnya lebih complicated dan rumit untuk dimengerti. Enam cara ini mungkin boleh bantu anda mengenali, adakah dia jatuh cinta pada anda?
1. 24 JAM ADA
Lelaki, kalau dia suka dan nakkan sesuatu, susah macam mana pun dia akan tempuh demi matlamatnya untuk bersama-sama anda. Cuba cari masa sesuai untuk melihat ke 'gentleman' nya. Pura-pura telefon dan katakan kereta anda rosak di pejabat. Lihat, apakah dia ada di sisi anda untuk bantu? Jika dia tidak beralasan dan beria-ia sah anda dalam perhatiannya!
2. PASANG MUKA CUTE
Walaupun berwajah ghostbuster tapi bila dengan kekasih hati serta merta wajahnya boleh berubah jadi cute macam ikan dholphine.Perhatikan ekspresi mukanya ketika bersama anda. Adakah dia terlebih romantik dan terlajak friendly? Jika ya, petanda dia suka anda kerana dia tahu, ekspresi menyenangkan pasti akan buat kekasihnya selesa bersamanya.
3. TAK NAK LETAK TELEFON
Baru berjumpa tadi, hampir 12 jam bertemu janji, dia masih mahu telefon anda semata-mata nak beritahu dia dah sampai rumah. Kalau boleh, lepas mandi nanti pun dia nak update.
4. ASYIK CURI PANDANG
Kalau lelaki menunjukkan tingkah laku sebegini, bibit-bibit cinta di hatinya sudah mula berputik. Lebihlebih lagi jika dia pura-pura tak nampak bila anda mula perasan dengan sikap curi-curi pandangnya itu.
5. RESPECTFUL
Ketika anda nak duduk, dia tarikkan kerusi. Ketika anda nak makan, dia hulurkan sudu dan pinggan. Ketika nak keluar kereta, dia bukakan tapi pinggang keledar dan pintu. Ketika beli-belah, dia bawakan beg-beg shopping. Nah, jika ada sikap-sikap respectful sebegini, hanya ada satu sebab sahaja – CINTA!
6. CEMBURU
Ada riak cemburu di wajahnya saat anda berbual dengan lelaki lain, hatta sahabat baiknya. Lelaki bersikap begini serius menjadikan anda hak mutlaknya. Lebih serius jika anda diminta menukar penampilan kepada lebih sopan. Ini bermakna, dia jujur dan telah bersedia untuk menyunting anda menjadi miliknya!
*Oleh Khalilah Gusti, Salwani Md Zain, Wan Amalia Wan Mohd Daud, Sinar Harian, 13 Oktober 2013
Jumaat, Oktober 18, 2013
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Cinta kilat, hadirkah bahagia? silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "