2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Keperluan lemak serap kalsium

Minyak zaitun dimasukkan dalam hidangan salad bantu serap kalsium secara berkesan.
 
Orang ramai terutama golongan separuh umur digalakkan minum susu lembu kerana ia merupakan sumber kalsium yang baik. Umum mengetahui kegunaan kalsium utama adalah untuk membina tulang dan gigi yang sihat.
 
Namun Kalsium sebenarnya berfungsi lebih dari itu. Artikel dua siri ini akan dimulakan dengan pengenalan kalsium dan sebahagian dari faktor yang mempengaruhi penyerapannya.
 

Kalsium merupakan sejenis mineral yang paling tinggi dari segi kandungan dalam tubuh manusia. Ia meliputi antara 1.2 - 2.0 peratus daripada jumlah berat badan seseorang dengan jumlah jisim lebih kurang 1.3 kilogram. Sebahagian besar iaitu lebih kurang 98 peratus kalsium terdapat pada tulang, 1 peratus pada gigi dan selebihnya dalam tisu dan darah.
 
Sepertimana magnesium, kalsium tergolong sebagai alkali bumi. Ia terdapat pada jumlah yang besar pada kerak bumi dalam bentuk garam dengan kadar keterlarutan yang agak rendah. Dolomite iaitu sejenis mineral terdiri daripada gabungan kalsium-magnesium bersifat agak mudah larut dan mudah digunakan tubuh berbanding sebatian lain.
 
Sesetengah pengamal perubatan alternatif mencadangkan Dolomite sebagai suplemen kalsium yang utama. Nutrien seperti vitamin D dan beberapa jenis hormon amat penting untuk penyerapan kalsium. Fosforus diperlukan bersama kalsium untuk pembinaan/pemuliharaan tulang.
 
Begitu juga beberapa mineral lain termasuk magnesium, silikon, strontium dan boron (elemen spara mineral). Elemen-elemen ini memerlukan jaringan protein (protein matrix) dalam pembentukan struktur tulang.
 
Magnesium rakan utama
Kalsium bersama magnesium diperlukan darah, saraf, otot dan tisu terutama dalam mengawal pengepaman darah oleh jantung, tekanan darah dan pengaliran pengisyaratan saraf.
 
Vitamin D diperlukan untuk sebahagian besar penyerapan kalsium (dan fosforus) dari trek penghadaman. Bersama hormon paratiroid dan calcitonin, vitamin D membantu mengawal paras kalsium dalam darah.
 
Paras kalsium darah yang sempurna amat diperlukan dalam kehidupan manusia terutama untuk fungsi jantung dan sel-sel termasuk sel saraf. Paras kalsium darah normal ialah lebih kurang 10 miligram bagi setiap 100 milimeter darah.
 
Daripada jumlah ini lebih kurang 5.5 miligram kalsium hadir dalam bentuk ion (Ca2+) di mana 4 miligram melekat pada protein pembawa (carrier proteins) dan 0.5 miligram bergabung dengan kation fosfat atau sitrat.
 
Apabila berlaku kekurangan kalsium daripada diet, tubuh akan bertindak bagi memastikan paras kalsium sentiasa berada pada paras optimum dalam darah. Kelenjar tiroid akan merembes hormon tiroid dan seterusnya menyebabkan kalsium ditarik keluar daripada tulang serta meningkatkan penyerapan kalsium daripada diet (berlaku dalam usus).
 
Jadi, walaupun sebahagian besar kalsium tubuh terdapat dalam tulang, kadar kepekatan mineral ini dalam darah dan sel diberi keutamaan. Diet rendah kalsium selain faktor yang mengurangkan penyerapan kalsium dikatakan punca utama osteoporosis.
 
Golongan pertengahan umur bisanya dikatakan mengambil diet kurang kandungan kalsium berbanding dengan golongan yang lebih muda. Diet rendah kalsium hanya sebahagian daripada faktor pembentukan osteoporosis
 
Pelbagai makanan sebenarnya mengandungi kalsium. Namun, amalan gaya hidup tertentu menyebabkan kalsium tidak diserap secara sempurna.
 
Seperti dinyatakan vitamin D diperlukan untuk penyerapan kalsium. Sesetengah pakar berpendapat vitamin D kurang diperlukan apabila seseorang mengambil suplemen yang sesuai seperti kalsium aspartate atau kalsium sitrat.
 
Sudah tentu kajian klinikal diperlukan untuk memastikan suplemen kalsium yang manakah mudah diserap dan apakah peranan vitamin D dalam penyerapan setiap jenis suplemen kalsium.
 
Sebahagian besar doktor dipercayai mempreskripsikan suplemen kalsium seperti kalsium laktat atau kalsium karbonat. Kedua-duanya bersifat alkali yang agak tinggi dan agak sukar diserap tubuh.
 
Golongan doktor dikatakan jarang mempreskripsikan vitamin D dan magnesium bersama suplemen kalsium. Padahal minyak ikan adalah sumber termudah vitamin D. Hakikatnya, kedua-dua bahan ini adalah amat penting bukan sahaja untuk proses penyerapan kalsium.
 
Magnesium sendiri amat penting untuk diambil bersama kalsium kerana ia membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang secara lebih sempurna. Secara umum, penyerapan kalsium menjadi kurang efisien dengan peningkatan umur. Ketika melalui zaman bayi dan kanak-kanak, 50 - 70 peratus kalsium daripada diet diserap tubuh.
 
Tubuh orang dewasa dikatakan hanya mampu menyerap antara 30 - 50 peratus kalsium daripada diet. Terdapat pelbagai faktor boleh diamalkan untuk melancarkan penyerapan kalsium secara lebih sempurna. Vitamin D ialah antara faktor utama.
 
Pembinaan vitamin D memerlukan bahan asas iaitu kolesterol. Mereka yang kurang terdedah kepada cahaya matahari terutama yang sering menutup seluruh tubuh apabila berada di luar rumah, jarang keluar rumah pada siang hari dan bekerja seharian di pejabat adalah mereka yang mungkin mengalami kekurangan vitamin D.
 
Padah kawal kolesterol
Selain itu mereka yang mengambil ubatan mengawal paras kolesterol (pelbagai jenis statin) terdedah kepada kekurangan vitamin D. Ia kerana paras kolesterol rendah (dikatakan bacaan sihat oleh pengamal perubatan moden) adalah punca kepada kekurangan vitamin D.
 
Ini belum disebut kekurangan lain seperti ketidakseimbangan paras hormon-hormon lelaki dan wanita. Dengan membaca artikel ini mungkin sebahagian besar pembaca baru tahu mengapa mereka yang mengambil ubatan mengawal kolesterol secara berpanjangan mudah mengalami pelbagai masalah termasuk mati pucuk dan osteoporosis.
 
Untuk mengawal paras kolesterol, doktor dikatakan biasa menasihatkan penghidap kolesterol tinggi mengurangkan makanan berlemak atau berminyak. Nasihat ini menyebabkan sesetengah orang sama ada golongan tua atau muda mengelakkan pengambilan sebarang jenis lemak sama sekali.
 
Apabila makan daging, mereka pilih daging merah kerana kurang lemak. Sesetengahnya pula hanya makan makanan yang direbus atau panggang secara perpanjangan. Apa akibat kekurangan pengambilan lemak? Ia menyebabkan banyak jenis mineral termasuk Kalsium dan Magnesium sukar diserap oleh tubuh.
 
Untuk mengetahui kepentingan lemak tepu dalam penyerapan mineral seperti kalsium, sila baca sub-judul artikel The Benefits of Saturated Fats dalam artikel bersifat alternatif berjudul The Skinny on Fat di laman web: http://www.westonaprice.org/know-your-fats/skinny-on-fats#benefits. Artikel dalam laman Weston A Price Foundation ini disediakan barisan saintis alternatif tersohor.
Ramai yang tahu vitamin A, D, E dan K ialah vitamin larut lemak. Apabila seseorang kurang/tidak mengambil makanan berlemak akan mengalami kekurangan vitamin ini dalam tubuh! Kajian menunjukkan carotenoids termasuk beta karotena mudah diserap daripada sayur-sayuran yang dimakan jika ia dimakan bersama lemak.
 
Mungkin baru ramai yang tahu mengapa salad sediaan orang putih sering ditambah dengan minyak sayuran sihat seperti minyak zaitun dan minyak bunga matahari perahan sejuk (cold-pressed).
 
Alangkah ruginya mereka yang menjauhi makanan berlemak.
 
 

*Oleh Wartawan Sinar Harian, 21 Oktober 2013
Unknown , Rabu, Oktober 23, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog