Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 8:40 PM

23Rabu,Oktober

Hipertensi menyerang tanpa mengenal jantina, usia

HIPERTENSI atau tekanan darah tinggi  menjadi masalah kesihatan mengancam masyarakat di luar sana.
 
Hampir setiap rumah  mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga menghidap tekanan darah tinggi. Ia boleh diklasifikasikan sebagai penyebab kepada penyakit kronik yang senang dijumpai dan menyerang tanpa disedari.
 
Tidak ada simptom
Hipertensi datang tanpa diundangkan dan ia tidak mempunyai sebarang simptom seperti penyakit lain. Tetapi awas! kerana apabila  menyerang ia akan berfungsi sebagai penyebab utama kepada penyakit berbahaya lain seperti angin ahmar atau strok, sakit jantung dan kegagalan fungsi buah pinggang iaitu Chronic Renal Failure.
 
Hipertensi boleh dibahagikan kepada dua jenis  iaitu hipertensi utama (primary hypertension) di mana tidak ada punca yang boleh dikaitkan, boleh jadi dengan keturunan. Kalau ibu bapa ada darah tinggi  kemungkinan besar anaknya turut mendapat hipertensi. Tetapi ada juga orang yang tidak ada keturunan tekanan darah tinggi, tetapi  turut terkena.
 
Hipertensi sekunder (secondary hypertension) boleh berpunca daripada penyakit buah pinggang dan juga penyakit endocrime. Jika seseorang mempunyai tekanan darah tinggi yang tidak terkawal, dia akan mendapat sakit jantung, kegagalan fungsi buah pinggang dan kelumpuhan. Ini adalah tiga rangkaian penyakit yang berbahaya kerana ia boleh menyebabkan kematian. Penghidap hipertensi boleh menyebabkan penyakit buah pinggang dan pesakit buah pinggang juga akan menghidap tekanan darah tinggi.
 
Di seluruh dunia, setiap tahun, berdasarkan statistik daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dianggarkan hampir tujuh juta kematian yang disabitkan dengan hipertensi. Sama ada sakit jantung, kegagalan fungsi buah pinggang atau kelumpuhan.
 
Gaya hidup tidak seimbang
Ia menyerang tanpa mengira jantina. Dahulu, kita beranggapan bahawa, seseorang yang berumur 40 tahun ke atas akan mendapat hipertensi. Sebaliknya, pada masa sekarang, ramai sahaja pesakit tekanan darah tinggi berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun.
 
Ramai yang mengambil mudah mengenai kesihatan diri. Sikap malas untuk bergerak  dan bersenam sehingga berat badan mencecah tahap obesiti.  Bayangkan dalam jarak perjalanan yang dekat pun sanggup menaiki kereta. Ditambah pula dengan pola pemakanan yang tidak seimbang, gemar menjamah makanan segera yang mengandungi banyak perisa dan mempunyai kandungan garam berlebihan.
 
Cara untuk mengawal tekanan darah tinggi:
  • Kawal pemakanan: Hadkan pengambilan makanan yang masin
  • Sentiasa bersenam: Orang yang terlampau gemuk mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat tekanan darah tinggi
  • Bijak mengawal emosi: Jangan biarkan diri tertekan. Apabila jantung kita berdebar, akan mudah terkena darah tinggi.
 
Wanita hamil mudah terkena
Orang  yang mengandung mudah terkena tekanan darah tinggi (hypertensive disease of pregnancy). Sesetengah wanita pada awal kehamilannya akan mendapat tekanan darah tinggi (eclempsia) biasanya dalam tempoh dua atau tiga bulan pertama. Tetapi, tekanan darah tingginya akan kembali berkurangan selepas bersalin.
 
Jika tekanan darah masih tidak normal  berkemungkinan ada sesuatu yang perlu diperiksa secara teliti, contohnya terdapat protein dalam urinnya.
 
Tekanan darah  akan meningkat ketika kehamilan berusia 20 minggu terutama pada wanita yang berat badannya (gendut).
 
Pregnancy induced hypertension (PIH) adalah  istilah perubatan  bagi wanita hamil yang menghidap hipertensi. Keadaan hipertensi bagi wanita mengandung  boleh dikategorikan sebagai parah/berbahaya, seorang ibu hamil dengan tekanan darah tinggi boleh mengalami preeclampsia dalam tempoh kehamilannya.
Preeclampsia adalah keadaan wanita hamil yang mengalami hipertensi teruk seperti sakit kepala, gangguan penglihatan, muka yang membengkak, kurang nafsu makan, mual dan muntah. Kekejangan yang terjadi kesan daripada hipertensi boleh menyebabkan eclamsia.
 
INFO:
 
OneShot™ Renal Denervation System :-
'Oneshot ™ Renal Denervation System' dicipta untuk menurunkan kadar tekanan darah bagi pesakit hipertensi selain pengambilan ubat. Prosedur yang berasaskan kateter ini dapat menyahaktifkan saraf di sekeliling arteri buah pinggang dengan menggunakan tenaga radio frekuensi. Ini akan mengurangkan tekanan darah tinggi dalam masa satu hingga tiga bulan selepas prosedur itu.
 
 
 

*Oleh SYAHIDATUL AKMAL DUNYA, Sinar Harian, 20 Oktober 2013
Unknown , Rabu, Oktober 23, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog