Zeppelin digelar Aeroscraft, mampu merevolusi pengangkutan kargo udara jika perkhidmatannya diperkenalkan kelak. - Agensi
CALIFORNIA, 11 Sept. 2013 - Zeppelin pernah dianggap sebagai pengangkutan udara masa depan, namun setelah tragedi Hindenburg pada zaman Adolf Hitler, yang mengorbankan 35 nyawa, ia sudah tidak lagi digunakan lebih daripada 75 tahun.
Kini, firma perintis penerbangan, Worldwide Aeros Corp. (Aeros), berharap untuk memperkenalkan kembali kapal udara itu dalam usaha merevolusikan sistem kargo atau pengangkutan barangan pasaran global.
Kapal udara digelar Aeroscraft tersebut akan dibina menggunakan teknologi inovatif supaya ia boleh terbang lebih baik, bagi mengelakkan masalah yang dialami oleh generasi pertama zeppelin, berulang.
Ia hanya memerlukan satu pertiga bahan api untuk mengangkut muatan dan boleh mendarat di mana-mana sahaja, walaupun tanpa landasan kapal terbang termasuk di atas air, sekali gus menjadikannya amat sesuai untuk digunakan di zon perang dan kawasan bencana.
Aeroscraft telah dibina hasil daripada sumbangan AS$3 juta (RM9.82 juta) daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan bersedia untuk melakukan penerbangan ujian pertamanya tidak lama lagi, menurut Business Insider.
Aeros meramalkan bahawa kenderaan udara tersebut akan mengubah cara bagaimana kargo bergerak di seluruh dunia dengan menyediakan satu cara pengangkutan yang lebih murah dari kapal terbang, tetapi lebih cepat daripada kapal.
Penemuan utama teknologi tersebut datang apabila pengasas firma, Igor Pasternak menemui cara untuk memampatkan helium yang membolehkan kapal udara itu mengawal beratnya.
Ia mungkin kelihatan rapuh berbanding dengan jet logam, tetapi kapal udara itu mempunyai dinding kalis peluru dan walaupun bahagian luarannya pecah, ia tidak akan mengempis seperti belon.
Menurut Aeros, pihaknya menjangka Aeroscraft boleh digunakan pada pertengahan 2015. – Agensi
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "