LONDON, 5 Sept. 2013 - Gajet terkini, termasuk telefon pintar mungkin membantu generasi baru supaya kekal selamat dan sentiasa berhubung dengan baik, namun ia juga membuatkan mereka bersikap kurang ajar.
Kira-kira tiga daripada empat orang percaya, kelakuan generasi baru kini telah dirosakkan oleh telefon pintar, komputer riba, tablet dan media sosial.
Menurut tinjauan pendapat oleh konsultan panduan etika moden, Debrett ke atas 1,000 orang responden, kira-kira 70 peratus daripada mereka percaya, gajet telah menggalakkan sifat kurang ajar.
Menurut tinjauan itu, kira-kira 77 peratus responden berpendapat, kemahiran sosial adalah lebih teruk jika dibandingkan dengan tempoh 20 tahun lalu, manakala 72 peratus lagi menyifatkan gajet menggalakkan kebiadaban.
Hampir dua pertiga atau 65 peratus responden berpendapat tentang kepentingan hubungan atas talian kepada belia telah memberi kesan negatif terhadap cara mereka berkelakuan bila bersemuka dengan rakan.
Satu laporan memberi amaran bahawa eksekutif syarikat kini memantau pekerja muda mereka sekiranya mereka terlalu bergantung kepada telefon pintar dan gajet semasa berada di pejabat.
Sesetengah daripada mereka didapati 'terlalu bergantung kepada komputer dan aplikasi pemeriksaan ayat hingga ada yang langsung tidak tahu bagaimana untuk menulis surat lagi.
Kebimbangan terhadap kesan kebergantungan kepada gajet ke atas generasi yang membesar dengan telefon pintar merupakan perkembangan terbaru dalam penyebaran kelakuan buruk digital.
Konsultan etika itu turut menjalankan kajian ke atas sebuah kumpulan terdiri daripada 58 peratus eksekutif kanan yang mendapati mereka lebih tertarik kepada kemahiran sosial berbanding pencapaian akademik calon untuk diberi peluang kenaikan pangkat.
Mereka percaya, masalah besar dalam kalangan pekerja muda adalah penggunaan telefon pintar berterusan dan media sosial di pejabat. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "