2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 10:00 PM

5Khamis,September

Sehelai tisu, secawan kopi-O

S

EHARI dua ini pasti ada perkara yang tidak berapa sedap. Bentuk tidak berubah, sama ada bulat atau empat persegi. Saiznya pun sama macam biasa. Apa yang lebih penting, harganya kekal seperti sebelum ini. Cuma ketebalannya sudah berbeza!

 

Saya bercakap mengenai roti canai.

 

S

eperti yang diketahui sudah kerap kali ketebalan sekeping makanan pagi itu diubah. Kini terasa semakin ringan, sekiranya kipas berputar laju sarapan kegemaran ramai itu boleh melayang seperti kertas tisu. Sudahlah ringan, tipis pula sehingga lutsinar @ telus.

 

Dengan tipis dan ringan seperti itu kita tidak boleh lagi menyebut ‘sekeping’, sebaliknya ‘sehelai’ roti canai. Zaman saya sekolah dulu cikgu yang mengajar penjodoh bilangan menyebut sehelai untuk tisu, kertas, sapu tangan. Sekarang roti canai pun sama seperti tisu dan sapu tangan.

 

Ini gara-gara petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter dua hari lalu. Kesan segeranya bukan sahaja ke atas tangki kereta, tetapi juga ke atas roti canai di kedai mamak. Memang, harganya tidak naik, antara 80 sen hingga RM1.20 ‘sehelai’. Seperti yang diakui sendiri oleh mamak di restoran tempat saya lepak setiap pagi: “Kalau kita naik harga, ‘gormen’ nanti tangkap, jadi saya kasi sikittt tipisss... Meniaga mesti mau untung bos!”

 

Tentu bukan roti canai sahaja, benda-benda lain pun akan turut naik. Belum apa-apa pengusaha pengangkutan sudah memberitahu kenaikan diesel pasti akan menjejaskan perniagaan mereka. Mereka tidak ada pilihan kecuali menaikkan caj pengangkutan. Tambang bas dan teksi akan naik antara 5% hingga 30%. Upah bas sekolah pun akan naik.

 

Kalau kita perhatikan ada beberapa perkara yang disebut semula – ulang tayang – setiap kali ada kenaikan harga bahan api. Skrip dan dialognya sama, cuma pelakon yang berbeza.

 

Pertama, kerajaan kata kenaikan tidak dapat dielakkan, sebab tidak mampu lagi menanggung subsidi terlalu tinggi. Dengan kenaikan 20 sen seliter ini kerajaan dapat menjimatkan RM1.1 bilion tahun ini sahaja, tahun-tahun seterusnya lebih RM3 bilion dapat dijimatkan.

 

Kedua, penjimatan RM berbilion itu akan digunakan untuk pelbagai projek kemudahan awam, termasuk memperbaiki kualiti pengangkutan. Sudah banyak kali kita mendengar dialog seperti ini. Hakikatnya ialah tahap pengangkutan awam kita, terutama bas, masih di takuk lama, tiada perubahan.

 

Ketiga, orang bijak pandai dan pakar ekonomi akan membandingkan harga di tempat kita dengan negara-negara lain. Kata mereka harga terbaharu petrol RON95 di negara kita, RM2.10 seliter, adalah jauh lebih murah berbanding Thailand (RM4.68), Singapura (RM5.42), Indonesia (RM3). Sepatutnya bandingkan juga gaji di tempat kita dengan Singapura!

 

Keempat, kenaikan 20 sen ini terlalu kecil, tidak akan memberi kesan kepada rakyat. Ini yang paling biasa kita dengar. Kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek: “Kami telah buat kajian, pengurangan subsidi minyak petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen ini tidak memberi kesan drastik kepada kos perniagaan, hanya sekitar 0.1 peratus.”

 

Beliau memberi amaran: “Sekiranya kami dapati ada peniaga menaikkan harga barang lebih dari 0.1 peratus, tindakan akan diambil di bawah Akta Antipencatutan, Akta Kawalan Harga!” Selalu betul kita mendengar amaran seperti ini. Orang kita sudah kalih, sebab itu tidak takut amaran.

 

M

enteri boleh kata tidak membebankan rakyat. Orang yang gaji RM puluh-puluh ribu, seperti CEO dan menteri, memang tidak terasa apa-apa. Tetapi kalau tambang bas naik, bas sekolah naik harga, dan semua naik, pasti rakyat akan terasa bebannya.

 

Cendol pulut berkacang merah di hadapan sebuah masjid di Shah Alam, naik 10 sen dari harga biasa RM1.30. Minyak naik 20 sen seliter, cendol naik 10 sen setiap mangkuk. Pada hal si penjual – mamak juga – hanya naik basikal. Mana ada basikal guna RON95 atau diesel?

 

Pendek kata apabila bahan api naik, kos pengangkutan naik, dan barang-barang lain dengan sendirinya akan turut naik, naik dan terus naik. Maka, darah pun naik!

 

 


*Oleh ABDUL JALIL ALI, Sinar Harian, 5 September 2013

Muhammad Ttuyup , Khamis, September 05, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog