2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Kurang arif guna LPG risiko kebakaran

Rahmat menunjukkan pengatur gas ketika menjelaskan keselamatan penggunaan gas domestik dan industri di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru.

 

Skudai, 20 Sep. 2013 - Ribuan pengguna domestik gas petroleum cecair (LPG) di negara ini berdepan risiko kebakaran dan letupan akibat kurangnya kesedaran berhubung pengendalian dan keselamatan penggunaan gas memasak.

 

Dianggarkan hanya sebilangan kecil pengguna di negara ini yang arif berkaitan pengendalian gas LPG selain melakukan pemeriksaan berkala pada hos dan pengatur gas.

 

Dekan Fakulti Petroleum dan Tenaga Diperbaharui (FRPEE) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Ir Dr Rahmat Mohsin, berkata pengguna gas LPG domestik mengambil mudah pengendalian dan pemeriksaan peralatan gas memasak.

 

Katanya, kebanyakan pengguna tidak menyedari perlunya penggunaan hos dan pengatur gas yang mendapat kelulusan SIRIM dan pihak berwajib.

 

Tukar tempoh tiga tahun

“H

os dan pengatur gas memasak perlu ditukar dalam tempoh dua hingga tiga tahun bagi memastikan tiada kebocoran yang menjadi punca kebakaran. Pengguna sepatutnya memeriksa hos dan pengatur gas sebulan sekali bagi tujuan keselamatan.

 

“Gas memasak mempunyai elemen yang mudah terbakar jika berlaku kebocoran termasuk penggunaan suis elektrik dan telefon bimbit. Kemasukan barangan (hos dan pengatur gas) yang tidak mendapat kelulusan pihak berwajib juga dikhuatiri meningkatkan risiko ini,” katanya semalam.

 

Rahmat berkata, walaupun kes membabitkan kebakaran dan letupan akibat kebocoran gas memasak jarang berlaku di negara ini, langkah keselamatan perlu dititikberatkan kerana risikonya besar.

 

“Ramai hanya tahu untuk petik suis dapur saja tanpa mengambil berat soal keselamatan ketika memasak. Sepatutnya hos dan pengatur gas perlu diperiksa sebulan sekali menggunakan buih sabun yang dibasahi dengan kain.

 

“Ada juga pengguna yang meletakkan tong gas memasak dalam kedudukan yang salah. Sebenarnya perbuatan ini berbahaya dan lebih berisiko kerana tong gas tidak direka dalam kedudukan baring,” katanya.

 

Katanya, beliau berharap pengguna gas domestik lebih mengutamakan keselamatan penggunaan gas bagi mengelakkan letupan. - BH

Unknown , Jumaat, September 20, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog