Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 11:40 PM

19Khamis,September

Kajian: 53% pekerja kerja jauh dari pejabat

KUALA LUMPUR, 18 September 2013 - Pekerja Malaysia mengetuai senarai teratas yang bekerja jauh dari pejabat, dengan 53 peratus eksekutif tempatan bekerja secara fleksibel bagi tempoh sekurang-kurangnya separuh minggu berbanding 48 peratus purata global, demikian menurut 'Petunjuk ekonomi Global Regus 2013'.

 

Kajian oleh penyedia pekerjaan global, Regus Research, yang membabitkan lebih 26,000 pengurus perniagaan di 90 negara, merumuskan bahawa profesional yang 'terikat' bekerja di pejabat, akan menjadi minoriti tidak lama lagi.

 

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Dixon berkata berdasarkan separuh daripada tenaga kerja dunia kini menikmati suasana kerja fleksibel, beberapa ketua eksekutif mungkin bimbang terhadap aspek pengurusan dan memberi motivasi dari jauh.

Kajian itu juga menunjukkan 63 peratus ketua eksekutif di Malaysia percaya pekerja jarak jauh boleh diurus dengan berkesan berbanding 55 peratus di peringkat global, dan sebilangan perniagaan kini mendapati semakin sukar mengurus pekerja jarak jauh mereka.

 

Beliau berkata pengalaman kerja fleksibel memberi nilai khusus kepada pekerja muda yang mampu mencorakkan interaksi baharu antara pengurus  dan anggota pasukan.

 

Tiga puluh sembilan peratus pengurus Malaysia berpendapat pekerja jarak jauh menggalakkan pekerja muda lebih bertanggungjawab manakala 61 peratus (berbanding 37 peratus di dunia) menggunakan pemantauan khusus yang cekap. - Bernama

Unknown , Khamis, September 19, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog