NEW YORK, 17 September 2013 - Pengasas syarikat teknologi Microsoft, Bill Gates kekal individu paling kaya di Amerika Syarikat (AS) dengan nilai kekayaannya mencecah AS$72 bilion (RM234 bilion).
Jumlah itu merupakan kenaikan sebanyak AS$6 bilion (RM19 bilion) berbanding tahun lalu. Gates mengungguli senarai terbaru 400 individu paling kaya di Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan oleh majalah Forbes kelmarin.
Menurut Forbes, gabungan kekayaan golongan paling kaya di AS mencecah AS$2 trilion (RM6.48 trilion), meningkat daripada AS$1.7 trilion (RM5.51 trilion) pada tahun 2012.
Purata nilai bersih kekayaan mereka yang berada dalam senarai tersebut adalah sebanyak AS$5 bilion (RM16.1 bilion), angka tertinggi setakat ini.
Pelabur terkenal, Warren Buffett menduduki tempat kedua dengan kekayaan sebanyak AS$58.5 bilion (RM190 bilion), naik $12.5 bilion (RM40.6 bilion) dari tahun lalu.
Berada di tempat ketiga ialah pengasas Oracle, Larry Ellison dengan kekayaan sebanyak AS$41 bilion (RM133 bilion).
Selain menjadi antara bilionair paling muda, pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg juga mencatat pertambahan kedua paling tinggi dengan kekayaan sebanyak AS$9.6 bilion (RM31 bilion). Zuckerberg yang baru berusia 29 tahun kini kembali berada dalam senarai 20 teratas selepas jatuh ke tangga 36 pada tahun lalu. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "