LONDON, 16 Ogos 2013 - Seorang pakar laser mata mendakwa, kadar rabun dekat dalam kalangan orang muda semakin meningkat ekoran penggunaan telefon pintar.
Pengasas Focus Clinics, David Allamby berkata, terdapat peningkatan sebanyak 35 peratus dalam jumlah orang mengidap rabun dekat atau myopia sejak pelancaran telefon pintar pada 1997.
Beliau memberi amaran masalah tersebut akan meningkat sebanyak 50 peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Dr. Allamby berkata, separuh daripada rakyat Britain memiliki telefon pintar dan menggunakannya selama dua jam sehari.
"Penggunaan komputer dan menonton televisyen, meningkatkan risiko merosakkan penglihatan mereka secara kekal,'' katanya.
Satu kajian baru mendapati, purata pengguna memegang dan melihat telefon pada jarak 30 sentimeter dari muka mereka dengan sesetengah daripadanya menggunakan alat telekomunikasi itu pada jarak lebih dekat iaitu 18 sentimeter.
Dr. Allamby berkata, menonton skrin dalam jarak dekat yang melampau menyebabkan gen yang mengawal rabun dekat diaktifkan lebih awal berbanding usia sepatutnya.
Rabun dekat biasanya tidak berlaku dalam kalangan individu berumur awal 20 tahun, tetapi kini ia boleh terjadi kepada mereka yang berusia 20-an, 30-an dan 40-an.
Dr. Allamby berkata, jika keadaan itu berterusan, beliau meramalkan 40 hingga 50 peratus mereka yang berusia 30 akan menghidap rabun dekat menjelang 2033 kerana telefon pintar dan gaya hidup di depan skrin. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "