KUALA LUMPUR - Ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan ilmu mengenai trend terbaru di internet bagi mengawal selia anak mereka ketika melayari internet.
Ketua Bahagian Jangkauan dan Penglibatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Eneng Faridah Iskandar berkata ini kerana kebanyakan pengguna internet pada masa kini adalah kanak-kanak dan remaja.
Dalam satu temu bual dengan Bernama di sini, beliau berkata kajian yang dijalankan SKMM baru-baru ini mendapati 92.8 peratus responden merasakan tanggungjawab pengawal seliaan internet berada di atas bahu ibu bapa.
"Memang ramai ibu bapa yang tidak begitu arif dengan penggunaan media sosial ataupun internet, langkah pertama yang perlu diambil ialah lengkapkan diri dengan ilmu... apakah yang terbaru.
"Ada juga ibu bapa yang membuka akaun Facebook kerana ingin memantau aktiviti anak mereka di laman sosial itu, dalam masa yang sama kita dapat mendampingi dan mendekati mereka," katanya.
Eneng Faridah berkata selain itu, ibu bapa juga perlu memastikan anak mereka menggunakan internet di tempat terbuka.
"Ibu bapa perlu tahu kegiatan anak mereka, sentiasa tengok apa yang mereka sedang layari dan boleh berkongsi apa yang mereka lihat di internet dengan ibu bapa supaya mereka boleh berbincang bersama," katanya.
Katanya bil telefon ataupun internet perlu dipantau bagi memastikan anak tidak melayari internet terlalu lama ataupun membuat transaksi wang untuk pembelian dalam talian.
Beliau berkata ibu bapa digalakkan mengenali rakan anak mereka di laman sosial bagi mengelakkan berkawan dengan orang yang tidak dikenali ataupun mencurigakan.
"Ada yang berlumba-lumba hendak tunjuk siapa yang paling ramai kawan, tetapi mungkin ada antara kawan itu yang berniat tidak baik, kalau ada masa pantau kawan anak anda dan tanya siapakah kawan anak anda itu," katanya.
Beliau berkata ibu bapa juga boleh mendedahkan beberapa kes penyalahgunaan internet dan tindakan yang boleh dikenakan kepada anak mereka bagi memberi pengajaran agar mereka lebih berhati-hati dan berwaspada. - Bernama, 12 Ogos 2013

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "