Rawatan sengat lebah kian popular Seorang pesakit menerima rawatan sengat lebah di sebuah klinik di Beijing. - Foto AFP
27,000 jalani kaedah pengubatan
B |
EIJING, 14 Ogos 2013 - Semakin ramai penduduk China mengunjungi klinik akupuntur untuk menjalani rawatan sengat lebah bagi mengubat penyakit termasuk yang mengancam nyawa.
Lebih 27,000 penduduk menjalani teknik menyakitkan ini, dengan setiap sesi membabitkan berpuluh-puluh sengatan di sebuah klinik di Beijing yang diusahakan pengamal akupuntur lebah, Wang Menglin.
“Kami pegang lebah, letakkannya pada tubuh, pegang kepala dan picit sehingga jarum sengatnya keluar,” kata Wang di klinik beliau di pinggir ibu negara.
Wang menggunakan lebah yang diimport dari Itali, yang akan mati apabila ia menyengat.
“Kami rawat berpuluh-puluh penyakit daripada tulang rapuh hingga kanser, semuanya menunjukkan keputusan positif,” kata Wang.
Sengat lebah juga boleh digunakan untuk merawat penyakit biasa anggota bawah badan,” katanya dan mendakwa ia juga berkesan sebagai langkah pencegahan.
Tiada bukti perubatan
T |
etapi, selain cuba menghalang reaksi alahan kepada sengat itu, belum ada bukti kukuh perubatan mengatakan bahawa bisa lebah berkesan terhadap sebarang penyakit dengan laman web Barat menggelarnya sesuatu yang gila.
Laman web sciencebasedmedicine.org Amerika Syarikat menganggap perkara itu belum dapat dipastikan.
“Tiada bukti saintifik menyokong penggunaannya,” katanya mengenai ‘apitherapy’ atau rawatan menggunakan produk lebah.
Seorang pesakit Wang berkata, doktor memberitahu dia menghidap kanser paru-paru dan otak.
Dia diberi tempoh hayat kira-kira setahun tetapi sudah melebihi hayat jangkaan doktor dan berterima kasih dengan rawatan sengat lebah berkenaan.
Tetapi, halaman web American Cancer Society menjelaskan:
“Tiada kajian klinikal terhadap manusia menunjukkan bahawa bisa lebah atau produk madu lebah lain berkesan dalam menghalang atau merawat kanser.” - AFP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "