2+4 hrs...Twogether Fourever

Selasa : 29 Julai 2025   
@ 4 Safar 1447H / 6:18 AM

19Isnin,Ogos

Maklumat terbaru kes Puteri Diana

 

LONDON, UNITED KINGDOM, 19 Ogos 2013 - Pihak berkuasa Britain, kelmarin, memulakan siasatan terbaru selepas dilapor menerima maklumat berhubung kematian Puteri Diana dan teman lelakinya Dodi al-Fayed, 16 tahun lalu.

 

"Setakat ini, pegawai yang terlibat sedang menilai sama ada maklumat tersebut relevan untuk disiasat," kata jurucakap Jabatan Polis Metropolitan (Scotland Yard).

 

Bagaimanapun, Scotland Yard masih enggan mengeluarkan butiran lanjut mengenai kesahihan siasatan dan hanya memaklumkan bahawa penilaian akan dilakukan oleh barisan pegawai jenayah khas serta unit operasi.

 

Memetik laporan AP, pasukan keselamatan bagaimanapun menegaskan, keputusan kes terdahulu tidak akan diubah.

 

Dalam 2008, juri Britain memutuskan Princess of Wales dan Dodi terbunuh selepas kereta dinaiki mereka terbabas berikutan mengelak dikejar paparazzi serta pemandu yang mabuk.

 


 

Diana dibunuh tentera Britain?

 

London: Scotland Yard semalam berkata mereka kini menilai kredibiliti maklumat baru berkait dengan kematian Puteri Diana dan Dodi Fayed, termasuk dakwaan mereka dibunuh oleh seorang anggota tentera Britain.

 

Menurutnya, maklumat itu diperoleh daripada perbicaraan kedua mahkamah tentera terhadap Sarjan Danny Nightingale, penembak tepat pasukan khas tentera Britain (SAS) yang disyaki menyembunyikan sepucuk pistol dan 338 peluru dalam bilik tidurnya.

 

Dakwaan itu terkandung dalam sepucuk surat daripada ibu bapa mentua bekas rakan serumah Nightingale yang dihantar kepada pegawai pemerintah SAS pada September 2011.

 

Ia difahamkan bahawa maklumat berkenaan diserahkan kepada Polis Metropolitan London menerusi Polis Tentera Diraja.

 

Akhbar Sunday People melaporkan, surat itu menyatakan Nightingale mendakwa SAS bertanggungjawab terhadap kematian Diana dan ia ‘dirahsiakan.’

 

“Perkhidmatan Polis Metropolitan menyiasat maklumat yang diterima baru-baru ini berkait dengan pembunuhan itu dan kini menilai hubungan serta kredibilitinya,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Scotland Yard.

 

Penilaian berkenaan akan dilakukan oleh pegawai Markas Jenayah dan Operasi Khas.

 

Polis berkata, mereka tidak bersedia untuk membincangkan masalah itu lebih lanjut sementara seorang jurucakap keluarga diraja berkata, tidak ada kenyataan akan dikeluarkan mengenai perkara itu, termasuk daripada Putera William, Harry mahupun istana.

 

Diana, Dodi dan pemandu mereka, Henri Paul mati selepas Mercedes yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di sebuah terowong di Paris pada pagi 31 Ogos 1997 selepas mereka meninggalkan Hotel Ritz.

 

Siasatan mengenai kematian Diana dan Dodi mengambil masa lebih 90 hari dengan 250 saksi memberi keterangan.

 

Inkues berkenaan berakhir pada 27 April 2008 dengan juri merumuskan bahawa ‘Puteri Rakyat’ dan teman lelakinya terbunuh akibat kelalaian dalam pemanduan kereta.

 

Selepas perbicaraan berakhir, Polis Metropolitan berkata, mereka membelanjakan sebanyak RM40 juta untuk inkues itu dan siasatan yang dilakukan dari 2004 hingga 2006. - AFP

Unknown , Isnin, Ogos 19, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog