AIR KEROH, 21 Ogos 2013 - Manusia sememangnya benci kepada lalat kerana diketahui umum ia adalah sejenis serangga yang boleh membawa pelbagai penyakit berjangkit seperti demam kepialu, kolera (taun) dan penyakit disentri.
Lalat gemar menghurung kawasan kotor dan berbau busuk, tapak pelupusan dan tempat membuang sampah, longkang yang kotor, bangkai binatang serta timbunan sampah sarap dan malahan najis.
Ia kemudian membawa bersama kuman dari tempat yang kotor berkenaan sebelum menghinggap pula atas benda lain termasuk hidangan makanan yang terdedah.
Begitulah caranya bagaimana kuman disebarkan oleh lalat hingga membawa kepada penyakit-penyakit yang disebutkan tadi dan mungkin kepada wabak.
Malahan, serangga ini hanya memerlukan sedikit kecuaian daripada manusia dan ia senang membiak di tong-tong sampah, himpunan kompos serta dalam 'kotak', sangkar atau tempat tidur haiwan peliharaan.
Oleh itu ia adalah satu 'kejutan' dan anggapan negatif jika lalat kelihatan berterbangan dalam rumah terutama di dapur serta bilik makan.
Apatah lagi jika melihat lalat dalam premis kedai makan, sungguh meloyakan bagi sesetengah orang (pelanggan).
Restoran
T |
etapi itulah yang dialami oleh penulis baru-baru ini apabila mengunjungi Johor, negeri yang terletak di selatan Semenanjung.
Ketika memandu ke selatan, penulis berhenti untuk makan di sebuah restoran makanan segera di sini.
Dan alangkah terkejutnya sebaik melangkah masuk ke premis berkenaan kelihatan lalat di merata sudut restoran itu, termasuk di mesin pembayaran di kaunter serta pada cawan kertas yang disusun berhampiran dengan dispenser minuman ringan.
"Kenapa banyak sangat lalat dalam restoran ini?" Kedengaran seorang pelanggan merungut dan menanyakan kakitangan yang bertugas di kaunter.
Tiada jawapan kedengaran daripada petugas berkenaan, seorang gadis berusia lewat belasan tahun.
Petugas itu hanya membiarkan lalat-lalat berterbangan sewenang-wenangnya dan beliau juga mengambil sikap tidak endah mengenai lalat yang menghurung dan singgah di mesin tunai yang diselenggaranya.
Kebersihan
B |
ila sampai di Johor, penulis berhenti di sebuah kedai aiskrim yang lokasinya di sebelah Lebuhraya Utara Selatan dan mendapati ada juga lalat di situ tetapi tidak sebanyak yang di kedai makanan segera tadi.
"Di sini memang ada lalat, sebab wujud banyak ladang ternakan ayam di kawasan ini," jelas seorang petugas di kaunter bila ditanya penulis tentang beberapa ekor lalat yang kelihatan berterbangan.
Tetapi hanya beberapa ekor lalat yang kelihatan berterbangan itupun yang berjaya melepaskan diri daripada 'perangkap' cahaya ultraviolet yang dipasang dipremis aiskrim itu.
Kenapa lalat perlu dijauhi?
B |
agi tuan rumah serta tuan punya syarikat perniagaan, lalat yang sememangnya terkenal sebagai pembawa penyakit dan mereka perlu memastikan premis masing-masing bersih selain kerap membuang sampah dan menutup rapi semua bekas sampah.
Restoran yang mempunyai lalat, berisiko kehilangan pelanggan kerana mereka khuatir akan dijangkiti penyakit manakala rumah yang ada lalat akan memberi gambaran negatif kepada tetamu tentang tahap kebersihan rumah itu.
Kawal Lalat
A |
denan Ariffin dari NADZ Pest Control, yang beroperasi di Lembah Klang semenjak 2005, ditanya mengenai kawalan terhadap makhluk perosak serta yang membawa penyakit seperti lalat.
Pertanyaan daripada penulis berkisar mengenai individu (rumah kediaman) serta tuanpunya entiti perniagaan seperti kedai makan dan perniagaan lain.
"Ramai warga Malaysia yang lebih pentingkan kawalan terhadap makhluk perosak seperti anai-anai yang menyerang tempat kediaman serta pejabat.
"Ada juga yang mahukan kami bertindak terhadap pembawa penyakit seperti lipas dan tikus tetapi hanya segelintir yang mahukan kami menjalankan tugas terhadap penghapusan lalat," jelas Adenan kepada penulis.
Hanya segelintir sahaja yang ingin mengadakan majlis seperti kenduri di kawasan terbuka mendapatkan khidmat syarikat ini.
Menurut Adenan, prosedur kawalan serangga untuk majlis seumpama perlu dijalankan sebelum dan selepas majlis.
"Ia perlu dijalankan sekurang-kurangnya dua hari sebelum majlis dan selewat-lewatnya seminggu selepas majlis",
Yang jelas, satu langkah proaktif perlu dilaksanakan. Walaupun tidak secara mendapatkan bantuan khidmat kawalan serangga, sekurang-kurangnya kita hendaklah peka untuk menghalau lalat sebelum ia memudaratkan kesihatan kita. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "