Prof Abdul Rani menunjukkan kit LeptoScan2 hasil inovasi UPM, Serdang.
SERDANG, 1 Ogos 2013 - Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan kit LeptoScan2 yang mampu mengesan penyakit kencing tikus seawal hari pertama jangkitan bakteria Leptospira, sekali gus muncul alat pertama seumpamanya di dunia.
Kit sedia ada termasuk di pasaran global, hanya berkesan digunakan selepas tujuh hari jangkitan kerana ia hanya berfungsi apabila antibodi terhasil pada pesakit.
Ambil masa 15 minit
P |
rofesor Veterinar Bakteriologi UPM, Datuk Dr Abdul Rani Bahaman, berkata alat terbaru yang menyerupai ujian kehamilan itu berupaya mengesahkan kewujudan bakteria Leptospira dalam tempoh lima hingga 15 minit saja pada tujuh hari pertama jangkitan.
Katanya, pengesanan peringkat awal itu penting kerana ia fasa kritikal jangkitan apabila bakteria memasuki saluran darah menyerang organ dalaman menyebabkan pelbagai komplikasi, termasuk demam, sakit kepala dan otot, malah boleh mengakibatkan maut.
LeptoScan2 adalah alat pertama seumpamanya yang menggunakan pendekatan mengesan kehadiran bakteria Leptospira melalui antibodi arnab yang dimasukkan ke dalam kit itu. Sebelum itu, antibodi arnab berkenaan terhasil selepas tujuh hari disuntik dengan bakteria terbabit.
Antibodi bertindak balas
A |
ntibodi sedia ada dalam kit itu seterusnya akan bertindak balas dengan bakteria Leptospira dalam titisan darah pesakit dan membuatkan dua jalur berwarna muncul pada kit sebagai pengesahan jika wujud jangkitan, katanya pada sidang media di sini, semalam.
Abdul Rani berkata, penghasilan kit itu yang dibangunkan bersama seorang lagi penyelidik UPM, Dr Arivudainambi Seenichamy, mampu membantu menangani peningkatan mendadak jangkitan penyakit kencing tikus.
Katanya, berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan baru-baru ini, sejumlah 2,262 kes penyakit kencing tikus termasuk 22 kematian dicatatkan di negara ini bagi tempoh Januari hingga Jun lalu.
Pihak yang berminat, boleh menghubungi e-mel zakyjaafar@upm.edu.my atau asrizam@upm.edu.my.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "