2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 24 April 2025   
@ 26 Syawal 1446H / 7:32 PM

26Isnin,Ogos

Kes kencing tikus semakin membimbangkan

KOTA KINABALU, 24 Ogos 2013 - Sebanyak 18 kematian direkodkan daripada 1,768 kes jangkitan virus kencing tikus atau leptospirosis di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga 1 Jun lepas yang memperlihatkan trend membimbangkan. 

 

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata rekod itu menunjukkan masalah infestasi tikus semakin meruncing dan harus diberi perhatian sewajarnya.

 

"Kes-kes yang dilaporkan Kementerian Kesihatan menunjukkan pada 2011 daripada 2,268  kes dengan 55 kematian meningkat kepada 3,665  kes (48 kematian) pada tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kawalan Tikus peringkat kebangsaan di pekan Menggatal, dekat sini hari ini.

 

Abdul Rahman berkata trend membimbangkan itu berikutan kesedaran menyeluruh mengenai penyakit Leptospirosis agak rendah di kalangan masyarakat yang mendorong kementerian melancarkan kempen bersepadu itu bagi membanteras infestasi tikus yang menyebabkan leptospirosis.

 

Katanya melalui kempen itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengenal pasti kawasan infestasi tikus seperti pasar awam, kantin, dapur sekolah, kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan premis makanan untuk program gotong royong membersihkan kawasan.

"Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi menjayakan kempen ini kerana jika satu kedai dalam deretan tidak memainkan peranan, tikus yang berada di kedai itu akan pergi ke kedai-kedai lain," katanya.

 

Abdul Rahman berkata tahap kebersihan premis-premis  makanan juga akan digredkan untuk kemudahan pengguna.

 

Katanya pihak kementerian melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) juga sedang merangka garis panduan untuk diguna pakai PBT dalam menjalankan aktiviti kawalan tikus.

 

"Mesyuarat Negara bagi Kerajaan Tempatan (MKN) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin akan diadakan minggu depan atau minggu selepas itu bagi membincangkan garis panduan berkenaan," katanya.

 

Terdahulu, ketika berucap beliau berkata kementerian memperuntukkan lebih RM3.2 juta untuk Program Kawalan Vektor termasuk kawalan tikus kepada PBT di seluruh negara.

 

Abdul Rahman berkata inisiatif kempen kawalan tikus itu turut membabitkan Kementerian Pelancongan di bawah 1Malaysia Clean, 1Malaysia Green sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 bagi mengekalkan keindahan dan kebersihan untuk manfaat bersama. - Bernama

 

 

Unknown , Isnin, Ogos 26, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog