2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 25 April 2025   
@ 27 Syawal 1446H / 3:56 AM

21Rabu,Ogos

Kerakusan musnahkan Bumi

Pembalakan tidak terkawal merupakan satu daripada aktiviti yang memusnahkan ekologi Bumi.

 

LONDON, 20 Ogos - Manusia menggunakan sumber asli yang disediakan oleh Bumi bagi tempoh setahun hanya dalam tempoh sembilan bulan dan 'berlebih-lebihan dalam penggunaannya'.

 

Kumpulan pemikir bebas yang berkempen untuk alam sekitar, Global Footprint Network berkata, dunia telah 'melebihi batasnya', merujuk kepada manusia telah kehabisan bekalan seperti tanah, pokok dan ikan serta mengatasi kapasiti tahunan Bumi untuk menyerap bahan buangan termasuk karbon dioksida dalam setahun.

Kata kumpulan itu, untuk baki sepanjang tahun ini, dunia mengalami 'hutang' ekologi dengan simpanan ikan dan hutan semakin pupus, tanah semakin berkurangan dan karbon dioksida semakin berkumpul di atmosfera.

 

'Hari penggunaan sumber secara berlebihan' dikira dengan membandingkan permintaan manusia ke atas sumber global dengan kemampuan Bumi menambah sumber serta menyerap sisa buangan.

 

Dalam tempoh kurang sembilan bulan tahun ini, manusia telah menggunakan lebih banyak sumber Bumi yang boleh diperbaharui dalam setahun.

 

Menurut Global Footprint Network, pada 1961, manusia hanya menggunakan kira-kira dua pertiga daripada sumber Bumi dan peningkatan pelepasan karbon dioksida mengakibatkan penggunaan mengatasi apa yang boleh disediakan oleh planet ini.

 

Manusia kini memerlukan bersamaan 1.5 planet untuk terus kekal dan menjelang pertengahan abad ini, keperluan itu akan meningkat kepada dua planet.

 

China mempunyai jejak ekologi terbesar berikutan penduduknya yang ramai, namun beberapa negara lain memerlukan permintaan yang tinggi terhadap sumber asli bagi setiap orang.

 

Sekiranya setiap orang mahu hidup seperti penduduk Amerika Syarikat, manusia memerlukan empat planet untuk membekalkan permintaan, kata laporan itu.

 

Empat perlima daripada jumlah penduduk dunia tinggal di negara yang menggunakan lebih banyak sumber berbanding kemampuan mereka. - Agensi

 

 

Marjaki Rawo , Rabu, Ogos 21, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog