S |
EHINGGA saat ini, karya JRR Tolkien masih mempunyai jutaan pengikut dan peminat fanatik. Bermula dari The Hobbit, The Lord of the Rings dan The Silmarillion kesemua karya itu pernah menjulang namanya hingga diadaptasi menjadi filem. Malah, puluhan karya yang diterbitkan anaknya, Christopher Reuel Tolkien selepas kematian beliau juga menempah populariti dan bertahan hingga Tolkien layak digelar penulis legenda atau ‘bapa genre fantasi moden’.
Beliau tidak menyangka karya The Hobbit yang ditulis pada 1936 mencetuskan fenomena luar biasa selepas didesak seorang rakan dari syarikat penerbitan di London George Allen & Unwin untuk diterbitkan. Bermula dari situ, karya Tolkien cukup menyengat hingga beliau bersemangat menghasilkan sekuel melalui karya epik The Lord of the Rings.
Jika karya The Hobbit diterjemahkan dengan penuh suspens dan serius namun ianya berbeza dengan The Lord of The Rings yang lebih santai dan sesuai untuk bacaan kanak-kanak.
Karya fiksyen fantasi The Lord of the Rings menjadi sangat popular pada 1960-an dan kekal hingga abad ke-20.
Klimaks populariti itu di kecapi pada 2003 apabila syarikat media di Britain, Australia, Afrika Selatan, Jerman membuat kajian terhadap novel yang dianggap berbisa. Akhirnya, pada 2000 karya itu diulang cetak lebih dari sejuta dan di terjemah kepada pelbagai bahasa hingga diterbitkan menjadi filem box office di bawah arahan Peter Jackson.
Kehidupan
T |
olkien berasal dari Saxony, Jerman, tetapi menetap di England sejak abad ke-18 dan menjadikan beliau fasih berbahasa Inggeris. Ayahnya, Arthur Reuel Tolkien merupakan pengurus di bank di England dan ibunya, Mabel Suffield (1870–1904) adalah suri rumah berasal dari England.
Pada usia tiga tahun, Tolkien berhijrah ke England bersama ibu dan kakaknya dan ketika itu juga bapa beliau meninggal dunia di Afrika Selatan akibat pendarahan otak.
Ditinggalkan tanpa harta, beliau memutuskan untuk tinggal bersama neneknya di Birmingham, England. Tidak lama kemudian pada 1896, mereka pindah ke sebuah kampung di Worcestershire, Sarehole Mill dan bermula dari situ minatnya terhadap dunia fantasi bermula. Dibesarkan dalam kehidupan ladang beliau didedahkan dengan cerita dongeng kepahlawanan yang sememangnya menjadi hiburan buat kanak-kanak seusianya ketika itu.
Pendidikan
T |
olkien adalah kalangan kanak-kanak cerdas apabila pada usia empat tahun dia fasih membaca dan menulis dengan lancar. Mendapat pendidikan awal di King Edward’s School, Birmingham beliau terdedah dengan kehidupan pelajar elit sehingga menyambung pelajaran ke St Phillip’s School dan Exeter College, Oxford.
Pada 1904 ketika usia 12 tahun, beliau bergelar yatim piatu apabila ibunya meninggal dunia akibat diabetes. Ketika itu, beliau dipelihara oleh paderi Roman Francis Xavier Morgan di gereja Perrott’s Folly, Edgbaston, Birmingham.
Maka itu, tidak janggal sekiranya setiap karyanya pasti dipengaruhi suasana gelap dan bayang-bayang menara gereja yang lengkap dengan sentuhan arkitek Victoria termasuk pengaruh seni abad Roman ketika pertengahan era Edward Burne-Jones.
Ketika di King Edward’s School, Tolkien bersama rakanya Rob Gilson, Geoffrey Smith dan Christopher Wiseman membentuk kelab puisi di mana mereka kerap bertemu untuk berdiskusi tentang dunia puisi.
Pada musim panas 1911, mereka mengembara ke Swiss, Interlaken, Lauterbrunnen, Mürren, Jungfrau, Silberhorn, Kleine Scheidegg, Grindelwald, Grosse Scheidegg, Meiringen dan kesemua catatan perjalanan itu kemudiannya di terbitkan 57 tahun selepas itu.
Selepas tamat sekolah, beliau bergelar mahasiswa Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris di Universitas Oxford, dan menjadi pakar Bahasa Inggeris Kuno.
Pada Perang Dunia I, Tolkien pernah dikerah menyertai pasukan tentera Batalion XI Lancashire Fusiliers namun namun tersingkir kerana sering demam. Sepanjang itu, Tolkien menghasilkan karya terawal antaranya The Book of Lost Tales dan The Fall of Gondolin yang mengisahkan kehidupannya di dalam dunia peperangan. Kisah percintaannya dengan isterinya Edith Mary Bratt juga dibukukan menerusi tajuk Lúthien iaitu gelaran manja buat isterinya.
Meninggal dunia
T |
olkien meninggal dunia pada 2 September 1973, pada usia 81 tahun iaitu 21 bulan selepas pemergian isterinya. Tolkien disemadikan dalam satu lahad bersama isterinya di perkuburan Wolvercote, Oxford. Kecintaan pasangan itu terus disemat melalui nisan tertulis:
'Edith Mary Tolkien, Lúthien, 1889–1971 John Ronald Reuel Tolkien, Beren, 1892–1973'.
*Oleh Wartawan Sinar Harian, 12 Ogos 2013

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "