2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 12:45 AM

1Khamis,Ogos

Kaedah hafazan dalam pembelajaran

H

afazan dan pengingatan adalah suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam tradisi Islam. Sejak awal Islam berkembang tradisi ini menjadi landasan mendekatkan umat Islam dengan al-Quran. Dalam tradisi quttab, nizamaiyyah dan madrasah, tradisi hafazan menjadi sesuatu yang amat utama.

 

Sehingga kini di dunia Islam tradisi hafazan tetap subur dan melahirkan ramai huffaz yang faham tentang tajwid,  tartil, taranum dan sebahagiannya tafsir. Kemahiran ini menyebabkan dakwah dan tarbiah berkembang dan Islam semakin subur di mana-mana di bumi ALLAH ini.

 

Al-Quran adalah sumber petunjuk bagi manusia khususnya orang-orang berjiwa muttaqeen (hudan linnas , hudan lilmuttaqeen). Al-Quran tidak saja terkandung prinsip mengenai aqidah tetapi pedoman mengenai ibadah, jalan mengenai syariah dan jalur mengenai akhlak. Ia juga terkandung qisah yang memberi asas ibrah kepada manusia.

 

Qisah berlaku sejak zaman Nabi Adam as mengulangi jejaknya sehingga zaman Nabi Muhammad SAW dan berlaku juga kepada manusia sehingga kini. Al-Quran terkandung unsur reflektif mengajak manusia berfikir tentang fitrah kejadian, corak cabaran yang didepani ibarat mengulangi semula apa yang terjadi pada masa lalu.

 

Dengan bersifat reflektif terhadap yang lalu manusia hari ini dapat membuat perbezaan hak dengan  batil, yang benar atau salah atau yang beriman atau cenderung kepada kekufuran.

 

Al-Quran tidak seperti buku-buku biasa atau maklumat akhbar yang dibaca selalu. Ia adalah perkhabaran daripada ALLAH untuk dijadikan sumber ilmu dan petunjuk. Betapa ia dihafaz dan diingati, diulang baca, dijadikan sisipan dalam khutbah dan syarah.

 

Banyak hal yang ghaib digambarkan al-Quran memerlukan jiwa tadabbur yang tinggi supaya yang ghaib dan nyata terkandung hikmah yang tinggi untuk manusia mengetahuinya.

 

Menghafaz kalimah-kalimah dan ayat-ayat al-Quran amat memberi  sumbangan apabila kita berhujah, bercakap, bersyarah dan memberi khulasah akan sesuatu subjek. Ia meyakinkan pendengar akan keunggulan ilmu disampaikan dengan sisipan al-Quran dan hadis serta tafsirnya.

 

Kaedah hafazan ini menyebabkan ilmu Islam berkembang mendukung perkembangan Islam itu sendiri menunjukkan tradisi hafazan menyebabkan di mana saja diufuk dunia corak hafazannya tetap sama.

Di Malaysia umpamanya tradisi hafazan menjadi minat keluarga dan para pelajar kini. Di mana-mana di Malaysia individu, organisasi, kelompok tertentu malah institusi pihak swasta dan yang digerakkan oleh kerajaan juga memberi tumpuan kepada tradisi hafazan ini.

 

Program Ulul al bab yang diperkenalkan oleh MARA menerusi MRSM cuba menggabungkan hafazan al-Quran dengan program akademik terutama bidang sains. Darul Quran sebuah institusi tahfiz di Kuala Kubu Baru mengeluarkan ribuan huffaz untuk memberikan khidmat kepada masyarakat dan institusi agama.

 

Program pensijilan al Quran yang berlaku antara UIAM dan JPA bersama Jakim telah menghasilkan ribuan huffaz yang dimulakan dengan membawa pelajar-pelajar yang terbaik dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama melalui 18 bulan kursus intensif huffaz kemudiannya anak-anak ini disalurkan ke bidang perubatan, farmasi, dentistri dan banyak lagi.

 

Bila kerajaan mengumumkan penubuhan Kolej Universiti al-Quran Malaysia baru-baru ini, ia beri harapan kepada lulusan sijil dan diploma untuk meningkatkan lagi pengajian mereka dalam bidang ijazah dan selepas ijazah dan akhirnya mengkhusus dalam sesuatu bidang.

 

Universiti huffaz ini dalam rancangannya ingin para huffaz melalui proses qirati, taranum dan tafsiri di samping perkara pokok diniah dan takhasus dalam pelbagai bidang disiplin.

 

Disiplin diniah tidak saja harus kukuh dengan penguasaan Arab tetapi juga bahasa ilmu yang lain, memahami landasan aqidah, ibadah, syariah dan akhlak dalam masa yang takhasus atau menjurus dalam sesuatu bidang ilmu dan kepakaran.

 

Hal yang sama, para huffaz yang mendalami bidang insaniah atau ilmu-ilmu kemanusiaan di samping menguasai ilmu-ilmu teras juga boleh mengkhusus ilmu-ilmu insaniah berasaskan nilai-nilai yang Qurani.

 

Begitu juga para huffaz yang mempunyai latar belakang sains dan teknologi boleh mengembangkan pengetahuan dan takhasus mereka dalam bidang perubatan, farmasi, dentistry, sains, teknologi, seni bina, kejuruteraan dan lain-lain.

 

 


*Oleh Cikgu Sidek Baba, Sinar Harian, 1 Ogos 2013

Muhammad Ttuyup , Khamis, Ogos 01, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog