Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 10:09 AM

14Rabu,Ogos

Gangnam, Korea Selatan : Tempat pilihan pusat pembedahan plastik di Asia

 

S

ekumpulan wanita menunggu dengan cemas saat nama mereka dipanggil oleh jururawat klinik pembedahan plastik di Apgujeong, kejiranan mewah di tengah-tengah Gangnam. Di dalam klinik tertera banyak gambar penyanyi pop Korea dan pelakon, hampir kesemua pelanggan akan tersenyum melihat hasil pakar bedah kosmetik di situ.

 

“Ia menyakitkan, tetapi saya benar-benar mahu muka seperti  pelakon Korea,” kata seorang pesakit Cina yang meninggalkan klinik dengan hidung dibalut selepas pembedahan plastik.

 

Ramai pelanggan telah pergi ke kawasan ini iaitu Gangnam yang mempunyai kira-kira 400 hospital pembedahan kosmetik dari pelbagai latar belakang, antaranya Jepun, China dan juga Asia Tenggara. Untuk pengetahuan anda, pembedahan plastik adalah satu perdagangan yang lumayan di Korea Selatan dengan mengetepikan  Greece, Itali dan Amerika Syarikat.

 

P

ada tahun 2011, pendapatan negara daripada pendapatan pelancongan perubatan mencapai $ 116 juta, dua kali ganda daripada lima tahun sebelum, menurut statistik kerajaan.

 

Di Klinik Pembedahan Plastik Grand, pakar bedah menawarkan prosedur untuk mata bulat dan hidung runcing dengan hanya beberapa contoh – yang standard kecantikan di Asia. Klinik Grand adalah salah satu klinik paling berjaya melakukan pembedahan plastik, ianya juga menarik pelanggan dari golongan selebriti datang ke situ. Malah, menawarkan lawatan biasa untuk krew televisyen Korea.

 

Malah, harga perubatan pembedahan kosmetik juga tidak mengerikan. Sebagai contoh, kos bagi pembedahan eyelip sekitar $1,500 hingga $2,000, manakala pembedahan hidung pula berlegar sekitar AS$3,000 hingga $4,000 bergantung kepada hospital.

 

Pada tahun 1996, Korea Selatan menyertai kelab negara-negara maju, OECD. Ia adalah mercu tanda utama yang pertama yang menandakan negara sedang mengumpul kepakaran dan teknologi untuk membina industri pembedahan plastik. Malah, pada awalnya Klinik Pembedahan Plastik Grand hanya mempunyai seorang doktor tetapi telah berkembang dan mempunyai lebih 30 orang doktor.

 

Bagi pelancong, pembedahan plastik adalah prosedur yang kedua paling popular di sebalik perubatan dalaman. Tetapi keadaan berbeza berlaku di Korea kerana segalanya tentang pembedahan plastik. Korea juga menawarkan harga yang kompetitif dan kualiti sesuai dengan teknologi yang canggih.

 

S

atu kenyataan dari seorang remaja perempuan di Korea mengenai pembedahan plastik membuatkan penulis terkejut. “Anda tidak faham!” teriak pelajar universiti di sebuah pub, selepas dia telah melalui tiga pembedahan. “Untuk menjadi orang Korea perlu mendapatkan pembedahan plastik. Anda mesti melakukannya, atau orang-orang muda akan berfikir anda pelik.” -

 

“To be Korean is to get plastic surgery. You must do it, or young people will think you’re weird.”

 

 


*Sumber 1 & 2

Unknown , Rabu, Ogos 14, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog