/

Cuka boleh bantu reda kesakitan sengatan obor-obor

KUALA LUMPUR, 24 Ogos 2013 - "Satu ketika anda ketawa gembira bermain dalam air dan seketika kemudian anda kemungkinan menjerit kesakitan seperti ada bara api di kaki anda.

  

"Hakikatnya anda telah disengat obor-obor," jelas seorang penyelam skuba veteran Steven Martyn yang ditemui di sebuah hospital di sini.

  

Apa yang anda perlu buat?

  

Menurut Martyn, terdapat beberapa perkara penting mangsa sengatan obor-obor boleh lakukan tetapi yang paling utama ialah individu berkenaan tidak panik.

Merawat Sengatan

B

agi seseorang yang menjadi mangsa, setelah menyedari terkena sengat, reaksi pertama si mangsa adalah 'menepis dan menolak' sesungut obor-obor yang melekat itu dan menggosok-gosok tempat sengatan.

  

"Ini hanya boleh mencetuskan nematocysts yang melekat di kulit daripada menambahkan sengatan serta mengeluarkan racun," jelas Martyn.

  

Menurut satu artikel dari eMedicine yang terdapat di Internet, racun daripada sengatan obor-obor adalah kompleks kandungannya dan kebanyakannya tidak diketahui.

  

Pakar-pakar mengatakan ada tiga tindakbalas yang boleh muncul daripada sengatan obor-obor.

  

"Satu ialah reaksi alergi yang spontan, keduanya adalah reaksi alergi yang lambat dan ketiga, reaksi toksik," jelas mereka.

 

Lindung Daripada Kecederaan Lanjut

M

artyn, yang berkelulusan sarjana dalam biologi marin, menjelaskan bahawa mereka yamg memberi bantuan kecemasan mestilah melindungi diri mereka dan mangsa daripada kecederaan lanjut dengan tidak mengaktifkan saki-baki sesungut yang melekat di kulit mangsa.

Ini boleh dilakukan dengan mengguna asid asetik yang mempunyai kekuatan 4-6 peratus atau lebih dikenali sebagai cuka makan bagi sekurang-kurangnya 30 saat.

 

"Sebanyak 30 minit disyorkan. Bagi larutan alternatif jika tiada cuka makan, minuman bergas seperti Coca-cola atau air panas boleh digunakan.

  

"Jangan guna alkohol, minuman keras atau air kencing seperti yang disyorkan oleh beberapa pihak," kata beliau.

  

Martyn menjelaskan bahawa cuka berupaya menghentikan tindakan aktif nematocysts dan hanya selepas itu barulah sesunggut boleh dicabut dengan mengguna penyepit (tweezers).

  

"Ada baiknya sesunggut dicabut menggunakan tweezers sebab ada nematocysts yang boleh menyengat menembusi pelapik pelindung seperti sarung tangan," kata beliau.

  

Adalah juga perlu diperiksa tanda-tanda anafilaksis (anaphylactic shock) seperti kesukaran bernafas dan menelan atau jika ada sakit teruk, mintalah bantuan perubatan dengan seberapa segera.

Ubat 'Anti-Venom'

S

engatan daripada obor-obor kotak boleh menyebabkan kesakitan yang amat hingga terpaksa diberi ubat 'anti-venom'.

  

Menurut pakar-pakar kesihatan, pengurusan sakit hendaklah menjadi fokus utama dalam membantu mangsa sengatan obor-obor.

  

Racun atau toksin daripada sengatan obor-obor boleh membunuh sel-sel setempat dan mencetus 'pelepasan' toksin ke seluruh badan.

  

"Guna kompres sejuk di tempat sengatan manakala pek yang panas boleh membantu dalam keadaan kesakitan yang amat sangat," kata merea

 

Menurut laman web eMedicine, "ubat bius topikal serta korticosteroid boleh meredakan kesakitan.

  

Sakit sistemik yang disebabkan toksin boleh dirawat dengan menggunakan ubat penahan sakit acetaminophen dan Ibuprofen. Anti-histamine boleh juga digunakan.

  

Kecederaan yang disebabkan oleh sengatan hendaklah diawasi untuk beberapa minggu bagi menghindari jangkitan atau melambatkan tindakbalas alergik. Manakala kerosakan kulit dan parut mungkin berlaku.

 

Cuka

K

ebanyakan persatuan penyelam skuba ada menyebut bahawa cuka makan sebagai bahan rawatan kecemasan bagi sengatan obor-obor.

  

Cuka boleh mengurangkan kesakitan serta merencat pergerakan bisa dari sengatan obor-obor.

  

Bila disengat oleh obot-obor kotak, cuka yang diguna secepat mungkin akan menghentikan bisa daripada memasuki tubuh mangsa dan itu mungkin sempadan antara hidup dan mati.

 

"Oleh itu cuka perlulah dibawa dalam kotak kecemasan setiap masa," jelas Martyn.

  

Kalau tiada cuka, pes 'baking soda' dan air garam (air laut) boleh digunakan sebagai pembersih luka.

  

"Harus diingat air kencing bukanlah ubat sengatan obor-obor," tambah beliau.

  

Doktor menyarankan penggunaan krim hidrokortison di tempat sengatan.

  

Dalam kes sengatan obor-obor, bila terdapat tanda alergi yang teruk, doktor mestilah dihubungi secepat mungkin bagi bantuan perubatan.  - Bernama

Unknown , Isnin, Ogos 26, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog