2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Bahasa :: Jemput atau undang?

B

ARU-BARU ini saya ada menerima sekeping kad undangan perkahwinan daripada bekas pelajar saya. Pada sampul kad itu tertera tulisan ‘KAD JEMPUTAN MAJLIS PERKAHWINAN’. Terfikir juga saya di dalam hati sama ada bekas pelajar saya itu akan datang menjemput saya di rumah dengan keretanya untuk dibawa ke majlis tersebut.

 

Namun saya terfikir bahawa perkara seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini dan jarang sekali dilakukan orang. Saya menganggap bahawa bekas pelajar saya itu terkeliru dengan konsep perkataan ‘jemput’ dan ‘undang’.

 

Kekeliruan tentang perkara ini bukan berlaku kepada bekas pelajar tersebut sahaja, malah juga kepada orang lain. Sepatutnya tulisan pada kad itu tertera ‘KAD UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN’.

 

M

enurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan ‘jemput’ bermaksud disambut, dialualukan dan disongsong (orang yang datang disambut). Sebagai contohnya:

 

  I.     Anak saya yang baru pulang dari Kanada telah saya jemput di lapangan terbang.

II.     Tetamu dari Kedah itu telah kami jemput untuk makan tengah hari.

III.     Saya telah menjemput anak saya yang baru pulang dari Kanada di lapangan terbang.

IV.     Kami telah menjemput tetamu dari Kedah itu untuk makan tengah hari.

  V.     Saya tidak jadi masuk ke rumah Dato’ Ali kerana tidak mendapat jemputan daripada tuan rumah.

VI.     Rodi begitu sibuk melayan para jemputannya.

Konsep ‘jemput’ amat berbeza dengan ‘undang’.

P

erkataan ‘undang’ bermaksud mempersilakan datang, memanggil supaya datang dan menjemput (supaya menghadiri sesuatu majlis dan sebagainya).

 

Sebagai contohnya:

  i.     Lelaki itu telah saya undang ke rumah saya pada malam ini.

ii.     Lelaki itu perlu awak undang ke majlis perkahwinan kita,” kata Roszunaida kepada Mazuki.

iii.     Saya telah mengundang lelaki itu ke rumah saya pada malam ini.

iv.     “Awak perlu mengundang lelaki itu ke majlis perkahwinan kita,” kata Roszunaida kepada Mazuki.

  v.     Azizi merupakan salah seorang undangan utama dalam majlis tersebut.

vi.     Aziman mendapat undangan khas daripada pihak Persatuan Bolasepak Kelantan untuk hadir ke majlis kesyukuran itu.

 

Dalam penggunaan biasa, terdapat beberapa kesilapan ‘jemput’ dan ‘undang’ telah kita kenal pasti. Antaranya ialah:

 

A.  Fadzil telah mengedarkan kad jemputan ke majlis perkahwinannya. (Salah)

B.  Fadzil telah mengedarkan kad undangan ke majlis perkahwinannya. (Betul)

 

a)  Ahmad Tajab telah dijemput untuk merasmikan program motivasi di sekolahnya. (Salah)

b)  Ahmad Tajab telah diundang untuk merasmikan program motivasi di sekolahnya. (Betul)

 

a.  Mazinah telah menghantar surat jemputan mesyuarat kepada semua ahli jawatankuasa. (Salah)

b.  Mazinah telah menghantar surat undangan mesyuarat kepada semua ahli jawatankuasa. (Betul)

 

A.  Juruacara telah mengundang Datuk Sharafuddin untuk menyampaikan ucapan. (Salah)

B.  Juruacara telah menjemput Datuk Sharafuddin untuk menyampaikan ucapan. (Betul)

 

a)  Rombongan pengantin lelaki diundang untuk makan di khemah yang disediakan.(Salah)

b)  Rombongan pengantin lelaki dijemput untuk makan di khemah yang disediakan. (Betul)

 

a.  Ismadi diminta oleh Ustaz Mohamad untuk mengundang Hasnan di Stesen Kereta Api Wakaf Bharu. (Salah)

b.  Ismadi diminta oleh Ustaz Mohamad untuk menjemput Hasnan di Stesen Kereta Api Wakaf Bharu. (Betul)

 

Sebagai kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa kebanyakan kita terpengaruh dengan kebiasaan apabila menggunakan bahasa Melayu.

 

Sesungguhnya yang menjadi kebiasaan tidak semestinya betul.

 

Oleh itu, marilah kita sama-sama memperbetul kebiasaan yang digunakan dalam bahasa Melayu agar bahasa Melayu kita terus terpelihara dan mantap di bumi Malaysia. Akhir kata “Cintailah Bahasa Kita, Bahasa Jiwa Bangsa”.

 


*Oleh Muhammad Daud (Ruangan ini dikelolakan oleh DBP Wilayah Timur), Sinar Harian, 22 Ogos 2013

Unknown , Isnin, Ogos 26, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog