2+4 hrs...Twogether Fourever

Rabu : 30 Julai 2025   
@ 5 Safar 1447H / 12:59 AM

15Isnin,Julai

Tiga sebab utama remaja terjebak dadah

Kuala Lumpur, 14 Julai 2013 - Pengaruh rakan, perasaan ingin tahu dan untuk keseronokan menjadi punca utama golongan remaja terbabit dalam masalah penagihan dadah termasuk syabu.

 

Pegawai Perhubungan Awam Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Mohd Amir Khusairi Harun berkata, mengikut statistik pihaknya, 41.97 peratus penagih yang dikesan dari Januari hingga Mac 2013 mula terjebak dengan gejala penagihan dadah disebabkan pengaruh rakan.

 

“Manakala 19.44 peratus disebabkan perasaan ingin tahu golongan terbabit menyebabkan mereka terdorong mengambil dadah sehingga terjebak dalam kegiatan tidak bermoral itu.

 

“Mereka yang menggunakan dadah untuk tujuan keseronokan pula adalah sebanyak 17.95 peratus. Justeru, AADK berpendapat tiga faktor itu turut mempengaruhi remaja terjebak dalam gejala penagihan dadah,” katanya.

 

Mohd Amir berkata, remaja terutama pelajar memberi alasan mereka menggunakan syabu kerana ingin berjaga malam untuk mentelaah pelajaran. Namun, ramai juga dalam kalangan mereka yang menggunakan dadah jenis syabu hanya untuk berseronok.

“Tanpa mereka sedar pengambilan dadah ini memberi kesan buruk. Sangkaan mereka dengan mengambil dadah jenis syabu akan memberi daya tahan untuk menelaah pelajaran ketika waktu malam tanpa perlu rasa mengantuk.

 

“Sebenarnya mereka tidak tahu dadah jenis syabu yang tergolong dalam kumpulan Amphetamine-Type Stimulants (ATS) yang boleh memberi kesan berbahaya kepada penggunanya,” katanya.

 

Beliau berkata, ATS adalah kumpulan dadah perangsang yang bertindak ke atas sistem saraf pusat kerana ia jenis dadah sintetik yang dihasilkan daripada bahan kimia.

 

“Kesan penggunaannya akan menyebabkan hilang selera makan, berat badan menjadi susut, pergerakan badan tidak terkawal, tekanan darah meningkat, tingkah laku menjadi ganas, kecenderungan membunuh diri dan kurang kawalan emosi,” katanya.

Unknown , Isnin, Julai 15, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog